Bertemakan Irama Malaysia dan Renut Bunyi pada minggu kedua telah menyaksikan dua penyingkiran secara serentak. Nasib tidak menyebelahi kedua-dua peserta wanita apabila menjadi peserta pertama tersingkir setelah berada di tangga tiga terbawah.

 

Tan Lee Wah (Lee Wah), 43, yang berasal dari Perak dan Habsah Rohayati Ahmad atau dikenali sebagai Hayati, 47, dari Pahang terpaksa meninggalkan pentas terlebih awal. Bagaimana pun, Joi yang turut berada di tangga tiga terbawah terselamat.

 

Juri tetap Kilauan Emas 4 merupakan Ziana Zain dan Dato' Hj. Ramli MS serta 2 juri jemputan iaitu Dato’ Hattan dan Datuk Yusof Haslam merupakan juri penilai pada malam itu. Kedudukan undian peserta diadili berdasarkan sistem permarkahan 70% oleh juri tetap dan 30% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

 

Nordin (56.05), Nas (54.75), Ben (52.60), Wak Gan (52.50), Arip (51.84), Zain (47.51), Silva (46.52), Maya (45.11), Aziana (44.42), Raida (43.19), Joi (41.72), Lee Wah (40.16) dan Hayati (36.25).

 

Tetapkan temujanji anda bersama KE 4 pada setiap Rabu, dibawakan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bermula 9.30 malam dan boleh ditonton di kaca televisyen di saluran Astro Prima (105) dan serentak di Astro Maya HD (135).

 

Teruskan mengundi peserta Kilauan Emas 4 pilihan terbaik anda.

 

SMS: Taip KE<jarak><nama singkatan PESERTA> atau KE<3/5/10><jarak><nama singkatan PESERTA> untuk (3/5/10 undian) ke 32777 ; Contoh : KE10<nama singkatan PESERTA> ke 32777

 

Untuk 20 undian: Taip KE20<jarak><nama singkatan PESERTA> ke 32777. kadar premium untuk setiap undian: RM0.50. Kadar telco tertakluk Syarat & Terma tertakluk di www.kilauanemas.com.my