Jika anda penggemar makanan barat seperti Sherpard Pie, Spagetti Bolognese, Trifle, Tiramisu, Cup Cake dan banyak lagi, pastikan temu janji anda di jualan pra-ramadan hujung minggu ini.

 

Menariknya di Hijabi Flea  Market, selain lebih 60 booth yang terlibat di sekitar ruang indoor, terdapat lebih 40 booth yang akan terlibat dengan jualan terus dari bonet kereta.

 

Ya! Jualan "car boot" pastinya lebih meriah kerana menjanjikan jualan makanan yang pasti menggugat selera pengunjung. Terdapat booth yang menjual makanan barat dan makanan tempatan "food on the go" di perkarangan letak kereta dengan harga yang berpatutan dan mudah dibawa.

 

Kunjungi juga beberapa booth yang menjual biskut raya, kek cawan, kekacang dan beberapa makanan pemanis mulut yang membolehkan anda melakukan tempahan sempena bulan Ramadan dan Syawal bakal tiba. Di sinilah anda boleh mencari kenalan yang boleh menyediakan hidangan pilihan anda sekiranya mahu mengadakan majlis tertentu.

 

Jika bukan makanan yang anda cari, terdapat ratusan busana, tudung, aksesori, kain ela dan sebagainya yang datang khas dari Bandung, Indonesia turut ada dijual di "car boot sales" dengan harga berpatutan.

 

Jumpa di sana!