Kilauan Emas musim ke-4 kini kembali mencari 'otai-otai' yang berbisa bersama majalah MIDI selaku majalah sokongan. Kedua-dua kerjasama ini mempunyai sasaran yang sama iaitu khusus untuk golongan berusia 40 tahun ke atas. Jom intai 13 finalis ini!

 

Kerjasama kali kedua antara MIDI dan Kilauan Emas ini memang satu kebanggaan buat team MIDI. Hubungan erat ini menjadikan MIDI sebagai sebuah majalah yang juga 'berbisa' untuk dijadikan bahan bacaan para finalis.

 

Seramai 13 finalis bakal berentap di konsert mingguan yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, jam 9.30 malam bermula 23 April di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

 

Finalis Kilauan Emas 4 lelaki terdiri daripada Wakgan (Abdul Ghani Bin Tahil, 67, Singapura), Ben (Benasil Bin Kudong, 65, Sabah), Joi (Jokepli Bin Hamdi, 50), Nas (Mohammad Nasiruddin Bin Mohd Hashim, 44, Selangor), Zain (Md Zain Bin Ramli, 45, Selangor), Nordin (Nordin Bin Yusoff, 53, Kelantan), Arip (Omar Sharif Bin Mat Din, 42, Pahang) dan Silva (Selvalingam A/L Munaisamy, 54, Melaka).

 

Peserta wanita pula ialah Aziana (Aziana Binti Ab Kadir, 46, Kelantan), Maya (Muhaiyah Binti Harun, 55, Negeri Sembilan), Leewah (Tan Lee Wah, 43, Perak), Raida (Zuraidah Binti Mohd Zain, 41, Kuala Lumpur) dan Hayati )Habsah Rohayati Binti Ahmad, 47, Pahang).

 

Kali ini Astro menampilkan Ahmad Kassan sebagai guru tarian. Kilauan Emas kali ini turut menampilkan peserta bukan Melayu sekali gus menyerlahkan konsep 1Malaysia.

 

Nasib peserta diadili dengan markah 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus undian SMS penonton. Jangan lupa tonton Pentas Kilauan Emas pertama pada 23 April 2014 nanti bersama pengacaranya Raja Azura atau Kak Engku.