Sekali lagi, booth majalah MIDI "Aspirasi wanita 40++" memberi peluang kepada pembaca MIDI memiliki semula majalah-majalah yang mungkin anda terlepas selain majalah paling baru iaitu isu 15 Februari 2014.
 
Berlangsung selama tiga hari, bermula 7 Februari sehingga 9 Februari, jangan segan bertemu dengan 'orang kuat' yang menjayakan majalah MIDI yang selama ini menjadi bahan bacaan anda di masa lapang.
 
Pembelian majalah MIDI akan membolehkan anda membawa pulang hadiah-hadiah menarik. Hanya di karnival karangkraf saja anda boleh membeli sambil bawa pulang hadiah!