Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia serta berbeza dengan bulan-bulan yang lain kerana bulan Ramadan ini ada kelebihannya sendiri yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Oleh itu, marilah sama-sama kita menghayati bulan Ramadan ini dengan menghadiri ceramah bersama Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim. Ha, siapa yang tidak kenal dengan beliau...

 

Syeikh Abdul Aziz mula dikenali ramai apabila video beliau yang fasih berbahasa Kelantan ditemuramah oleh media Malaysia yang menemui beliau di Mesir dan mencapai tontonan sebanyak 600 ribu orang. Wow, tunggu apa lagi? mari rebut peluang ini bersama dengan mendaftarkan diri secara online di http://support.karangkraf.com/EventRegistration . Tempat adalah terhad!