13 peserta berentap malam Rabu lepas di minggu pertama Konsert Kilauan Emas 4 sememangnya konsert yang ditunggu penonton. Terdiri daripada lapan peserta lelaki dan lima peserta wanita benar-benar pilihan yang tepat dari pihak juri apabila kesemua mereka memberi persaingan yang sengit!

 

Terdiri daripada lapan peserta lelaki iaitu WAKGAN (Abdul Ghanni Tahil, 67, Singapura), BEN (Benasil Kudong,65, Sabah), JOI (Jokepli Hamdi, 50, SARAWAK), NAS (Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim, 44, Selangor), ZAIN (Md Zain Ramli, 45 Selangor), NORDIN (Nordin Yusoff, 53, Kelantan), ARIP (Omar Sharif Mat Din, 42, Pahang) dan SILVA (Selvalingam A/L Munaisamy, 54, Melaka) rata-rata menerima pujian positif.

 

Manakala lima orang peserta ialah peserta perempuan iaitu AZIANA (Aziana Ab Kadir, 46, Kelantan), MAYA (Muhaiyah Harun, 55, Negeri Sembilan), LEEWAH (Tan Lee Wah, 43, Perak), RAIDA (Zuraidah Mohd Zain, 41, Kuala Lumpur) dan HAYATI (Habsah Rohayati Ahmad, 47, Pahang) juga mempunyai tarikan tersendiri.

 

Tema bebas yang diberikan telah memberi ruang kepada para peserta untuk memilih lagu pilihan sendiri di samping menunjukkan kehebatan vokal yang dimiliki. Namun, nasib telah menyebelahi Lee Wah, Silva dan Maya kerana walaupun mendapat peratusan undian terendah, tidak ada penyingkian dilakukan minggu ini.

 

Jom lihat kedudukan undian peserta yang diadili berdasarkan sistem permarkahan 70% oleh juri tetap dan 30% lagi ditentukan berdasarkan undian penonton menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

 

Ben (58.96), Nordin (57.02), Nas (55.28), Zain (54.47), Arip (52.51), Aziana (49.33), Wakgan (47.83), Hayati (40.55), Raida (39.75), Joi (39.41), Lee Wah (39.29), Silva (38.83) dan Maya (38.23).

 

Jangan lupa temujanji anda bersama KE 4 pada setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

 

Teruskan mengundi peserta Kilauan Emas 4 pilihan terbaik anda. SMS: Taip KE<jarak><nama singkatan PESERTA> atau KE<3/5/10><jarak><nama singkatan PESERTA> untuk (3/5/10 undian) ke 32777 ; Contoh : KE10<nama singkatan PESERTA> ke 32777

 

Untuk 20 undian: Taip KE20<jarak><nama singkatan PESERTA> ke 32777. kadar premium untuk setiap undian: RM0.50. Kadar telco tertakluk Syarat & Terma tertakluk di www.kilauanemas.com.my