gaya & personaliti
  • Setelah hampir dua tahun menunggu untuk menggandingkan kedua pelakon terkenal, Kathy Fauziah dengan anak terunanya, Shaheizy Sam, akhirnya hasrat MIDI menjadi realiti apabila mereka berjaya digabungkan sebagai penghias kulit muka depan Majalah MIDI sempena Aidilfitri.
  • Bersempena edisi Ramadan, MIDI menampilkan penyampai radio Sinar FM yang manis jelita orangnya iaitu Abby Fana. Dia hadir pada sebelah petang usai bersiaran jam 2 petang di konti. Abby Fana nyata tetap cergas kala diminta bergaya di hadapan kamera.
  • Bidang lakonan bukanlah suatu yang asing buatnya. Pengalamannya dalam bidang ini bukan setahun dua namun wanita yang masih anggun jelita ini tetap turut merendah diri. Tutur katanya lembut penuh sifat keibuan. Perasaan kekok pada awalnya hilang melihat kemesraan yang dihulurkan sejak awal pertemuan.
  • "Otai Masih Berbisa.." begitulah tagline yang menjadi laungan setiap kali promo mengenai rancangan Kilauan Emas disiarkan di kaca televisyen. Sinonim dengan keceriaan rancangan tersebut, wajah pengacara, pelakon dan pengacara Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku bagaikan sudah sebati antara satu sama lain.
  • Gandingan dua personaliti ini dilihat cukup sepadan kerana mereka berkongsi minat yang sama iaitu dunia masakan. Walau pun Deja Moss terlebih dahulu popular dalam dunia nyanyian dan Che Lah dalam dunia perniagaan, namun bidang masakan menyatukan minat mereka.
  • Wajahnya banyak menghiasi slot Spektra, terbitan HVD yang disiarkan oleh RTM sekitar tahun 1990-an dahulu. Namun kini, nama Farisha Irwayu tidak begitu 'mesra' dalam kalangan peminat seni lakon tanah air. Mungkin disebabkan nama tersebut sudah lama menghilang. Walau bagaimana pun, rata-rata yang menatap wajahnya ini pasti masih dapat mengingati akan pelakon cantik ini yang sudah berhijab.
  • Siapa yang tidak kenal dengan wanita cantik ini. Beliau cukup tersohor dengan kemerduan suaranya. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau antara penyanyi wanita yang mempunyai suara 'emas' di persada seni tanah air.
  • Hujung minggu yang sunyi di studio Kumpulan Media Karangkraf menjadi riuh rendah dengan gelak tawa team majalah MIDI bersama dua selebriti yang cukup dikenali ini. Tak kering gusi dibuatnya apabila gandingan selebriti yang penuh humor ini bercanda menceriakan suasana sepanjang sesi penggambaran penghias muka depan MIDI kali ini.
  • Lima belas tahun yang lalu, penulis sering juga mengikuti penyanyi ini saat dia mengadakan persembahan. Melihat dia menjadi kegilaan ramai peminat bagai mengiyakan, pilihannya untuk membawakan irama dangdut ketika itu satu langkah tepat. Biar pernah muncul dengan genre berbeza sebelumnya, kehadiran Mas Idayu sebagai penyanyi lagu-lagu dangdut lebih terkesan. Dan ia masih berlanjutan sehingga kini.
  • Dua tahun menanti, hajat penulis untuk memotret wajah wanita ini untuk menghiasi muka depan MIDI akhirnya tercapai. Meski hadir dengan gaya ringkas, blaus putih, denim biru dengan selendang hitam menutupi kepala, kejelitaan tetap terserlah di wajahnya. Seperti mana kebiasaan, kemunculannya pagi itu ditemani suami tersayang, Mustapha Kamal. Cuma tidak lama kerana aktor tersebut telah bergegas ke lokasi penggambaran. Namun, sempat berjumpa dengan 'tuan rumah', Dato Abol Hassan, yang merupakan salah seorang kenalan lamanya.
  • Lima tahun lalu, pelakon Emma Akma pernah muncul menghiasi muka depan MIDI. Kala itu dia baru melalui detik sukar apabila berdepan dengan masalah rumah tangga dan cinta. Namun, penampilannya ke pejabat MIDI kali ini cukup berbeza. Wajahnya cantik bersinar, bagai melambangkan kebahagiaan dan keceriaan yang sedang dinikmati. Ibarat segala keperitan yang pernah dilalui sebelum ini tidak pernah singgah bertamu.
  • Sekian lama 'melamar' personaliti ini, akhirnya kejayaan menjadi milik penulis. Sejujurnya penulis memang meminati lakonan personaliti ini sejak mula mengenalinya melalui drama bersiri 'Mastura' yang dilakonkan bersama Zahim Al-Bakri pada tahun 1990-an dahulu.
  • Saat mata bertentang, penulis terpukau sejenak dengan kejelitaan yang dimiliki wanita ini. Bahkan, wajahnya seolah-olah tidak dimamah usia. Itulah pelakon dan penerbit terkemuka, Puan Sri Ziela Jalil. Malah, orangnya cukup peramah dan merendah diri, lebih suka membahasakan dirinya sebagai ‘Ziela’ sahaja dengan penulis.
  • Imej seksi sememangnya sudah sinonim dengan wanita jelita ini. Malah beliau pernah mendapat gelaran 'Artis Paling Seksi' oleh satu majalah hiburan pada 1990.
  • Mungkin namanya tidak segah pelakon lain namun siapa dapat menyangkal kehadiran pelakon berbakat Liza Zain dalam mewarnai dunia seni lakonan tanah air. Pelawaan untuk menjadi muka depan majalah MIDI disambutnya baik. Bertempat di perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 Shah Alam, pertemuan kami berlangsung dalam suasana yang cukup santai dan ceria. Di saat wajahnya dirias oleh jurusolek selebriti yang semakin meningkat naik iaitu Ajam, kami memulakan perbualan untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa sebenarnya insan seni yang mempunyai nama penuh Noraliza binti Mohd Zain ini.
  • Wajah manis Norliza Md Zain bukan lagi asing bagi peminat dunia penyiaran di Malaysia. Apa tah lagi sudah 17 tahun dia begitu setia menyampaikan berita dan maklumat terkini tentang apa yang berlaku di tanah air. Namun berbanding dengan beberapa orang rakan setugasnya, tidak banyak yang diketahui tentang dirinya lantaran sikap ‘low profile’nya. Justeru itu MIDI mendekati penyampai berita merangkap Penerbit Unit Berita dan Ehwal Semasa TV3 yang masih cantik dan bertenaga ini.
  • MIDI bertuah kerana berjaya menyatukan dua personaliti yang wajah mereka bukan lagi asing dan sering muncul di kaca TV. Kedua-duanya pelakon yang memiliki bakat lakonan yang hebat sehingga memiliki ramai peminat terutama dalam kalangan penggemar drama dan filem Melayu.
  • Wajahnya sering kali muncul di kaca televisyen sekitar tahun 90-an dalam banyak drama termasuklah drama siri pendekar yang cukup digemari ketika itu. Populariti yang diterima menjulang tinggi namanya sebagai aktres yang cukup berbakat.
  • Kedatangan Aidiladha sememangnya memberi seribu makna buat tiga orang personaliti yang menghiasi muka depan MIDI edisi 15 Oktober ini. Mana tidaknya, ketiga-tiga wanita ini mempunyai pengalaman tersendiri sepanjang menceburkan diri dalam dunia hiburan dan kini sebaik usia mencecah 40-An, mereka melakukan perubahan besar dalam diri masing-masing. Bagi Datin Ilyka dan Leina Hangat, mengenakan hijab adalah penghijrahan terbaik yang telah mereka lakukan untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik di masa akan datang. Bagi laila nasir yang pernah dikenali melalui lakonannya di dalam filem Harry Boy, keputusan untuk kembali aktif dalam dunia lakonan dibuat secara tidak sengaja setelah mendapat keizinan dari suami tersayang tahun lalu utnuk mengisi masa lapang setelah anak-anak sudah besar dan boleh berdikari.
  • Meskipun tarikh temu janji yang diberikan kepada pelakon ini agak singkat, nyata ia bukan halangan untuk dia hadir ke studio kami tepat pada waktu yang dijanjikan.
  • Wanita ini terkenal dengan kepetahannya berbicara dan kebijaksanaanya mengendalikan rancangan bual bicara. Malah ramai yang mengaguminya kerana di tengah-tengah kehebatan rancangan kendalian televisyen swasta dia mampu menonjolkan idea yang beras dan menarik melalui rancangannya yang disiarkan oleh stesen televisyen kerajaan.
  • Kehadirannya di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf tanpa secalit mekap pun. Namun, aura sebagai penyanyi dan pelakon yang dirindukan peminat tetap ada padanya. Ditambah pula dengan suaranya yang manja. Itulah Raja Ema Raja Ibrahim, 45.
  • Keputusan menggandingkan penyanyi popular era 80-an, Datin Suliza Salam dan personaliti terkenal TV3, Azizah Ariffin sememangnya satu keputusan yang tepat. Mana tidaknya, kedua-dua personaliti ini begitu serasi digandingkan tatkala sesi fotografi dijalankan di Hotel One World Petaling Jaya. Ditambah pula wajah kedua-duanya yang seakan seiras, keakraban mereka terserlah dalam memberikan pelbagai pose menarik khusus untuk tatapan pembaca MIDI.
  • Pesona desa yang nyaman dan menenangkan menyambut kunjungan penulis, jurugambar dan kru MIDI yang lain pada petang itu. Seperti mana yang telah dirancang dua minggu sebelum itu, kami bakal mengadakan sesi fotografi bersama Pakar Perunding Mata terkenal,Prof.Dr.Muhaya Mohamad.Tidak berseorangan, beliau kami gandingkan dengan bekas personaliti popular TV3, Raja Mazian Raja Mohamed yang kini seorang ahli perniagaan berjaya.
  • Lebih lima tahun tidak nampak kelibat pelakon Kartina Ayoob di kaca televisyen. Lantaran itu banyak yang teruja apabila dia tiba-tiba muncul dalam drama ‘Cinta Jangan Pergi’ yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini.
  • Hadir dengan wajah polos tanpa sebarang solekan, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali dengan panggilan Ziana Zain tetap memiliki pesona yang tersendiri. Bukan senang untuk mendapatkan diva pop pujaan ramai ribuan peminat ini. Al-maklumlah, semenjak bergelar duta pelbagai prouk termasuk duta bagi produk Safi Rania Diamond, Ziana Zain begitu sibuk mengikuti rangka promosi seluruh negara.
  • Program Primadona menggandingkan empat orang selebriti wanita hebat yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air iaitu Raja Azura, 41, Ziela Jalil, 42, Rozita Che Wan, 41 dan Erra Fazira, 39
  • Namanya sebaris dengan personaliti televisyen yang masih mempunyai pengaruh tersendiri. Gaya dan lenggok percakapannya memukau khalayak peminat rancangan televisyen berbentuk majalah.
  • Bait-bait lagu Rambu Ramba, Kad Ucapanmu dan Aku Sudah Jatuh Hati dendangan Noorshila Amin masih dapat didengari di corong-corong radio tempatan. Walaupun sudah agak lama tidak mendengar khabar penyanyi yang lebih dikenali dengan nama Shila, lagu-lagu popularnya masih menjadi pilihan untuk diudarakan.