Bersempena edisi Ramadan, MIDI menampilkan penyampai radio Sinar FM yang manis jelita orangnya iaitu Abby Fana. Dia hadir pada sebelah petang usai bersiaran jam 2 petang di konti. Abby Fana nyata tetap cergas kala diminta bergaya di hadapan kamera.

 

COVER STORY: Abby Pernah Sahur Dalam Kereta

Berkongsi kisah pengalaman berpuasa, pemilik nama sebenar Habsah Omar ini berkata bahawa dia pernah bersahur di dalam kereta untuk ke tempat kerja. Kala itu dia menjadi hos rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3.

 

ISU: Indahnya Ramadan di Tanah Suci

Ramadan muncul setahun sekali. Pada waktu ini ramai yang ingin merasai pengalaman berpuasa di Tanah Suci Makkah. Biarpun pahala diberikan walau di mana sahaja kita berada namun keinginan untuk berpuasa di tanah suci tetap menebal di hati

 

TEKNIK TUDUNG: Gaya Ringkas Selendang Panjang

Penampilan muslimah bertudung kini semakin menarik apabila penggunaan selendang panjang telah dipelbagaikan mengikut kesesuaian acara dan personaliti diri si pemakai. Pelbagai teknik ikatan mengikut trend dan setiap ikatan pastinya mengikut keselesaan terutamanya di dalam cuaca yang panas dan lembap. Kali ini MIDI mengetengahkan teknik ikatan selendang yang ringkas untuk dipraktikkan tatkala ke pejabat terutamanya ketika di bulan Ramadan ini. Kesopanan tetap terpelihara.

 

TRANSFORMASI: Solekan Ringkas Di Bulan Ramadan

Sepanjang bulan puasa, tentunya wajah agak pucat dan kurang bermaya. Oleh itu, segarkan sedikit penampilan anda dengan gaya solekan yang sederhana dan tidak keterlaluan. Walaupun berpuasa, tidak semestinya muka tampil pucat dan kurang bermaya.

 

SEKS & ANDA: 7 Tip Tangani Gelora Seks Pada Bulan Puasa

Tidak dinafikan setiap kali tiba bulan Ramadan, kebanyakan isteri akan menolak untuk diajak berhubungan. Bagi mereka, hubungan intim yang dilakukan akan mengganggu ibadah terhadap rukun Islam ketiga itu. Namun sebenarnya tidak ada hukum yang melarang melakukan hubungan seksual. Ia boleh dilakukan tetapi mengikut waktu yang dibenarkan.

 

PENGHIAS COVER BELAKANG: Arip, Zain & Ben Berkongsi Satu Cerita

Bakat tiga pemenang utama Kilauan Emas musin keempat ini tidak dapat disangkal lagi. Masing-masing punya bakat tersendiri; Zain dengan suara lunaknya, Arip dengan aura rocknya manakala Ben dengan personaliti ranggi dan keselesaannya menyanyikan lagu berbahasa Inggeris.

 

Antara kandungan lain yang ada dimuatkan di dalam majalah MIDI edisi 1 Julai 2014 adalah 11 tip elak menantu mertua bermasam muka di Aidilfitri, 35 aneka sambal kering pancing selera berbuka sahur, Apa hukum sedia makanan suami tak puasa, golongan berusia mudah dijangkiti influenza dan banyak lagi.