Gandingan dua personaliti ini dilihat cukup sepadan kerana mereka berkongsi minat yang sama iaitu dunia masakan. Walau pun Deja Moss terlebih dahulu popular dalam dunia nyanyian dan Che Lah dalam dunia perniagaan, namun bidang masakan menyatukan minat mereka.

 

ISU: Cinta M aya Mampukah Bahagia?

Berada di alam percintaan memang mengasyikkan dan jangan ingat hanya remaja saja yang mudah terbuai oleh cinta. Orang dewasa juga apa kurangnya. Bahkan kadangkala orang tua bercinta, boleh mengalahkan orang muda gayanya!

 

TREND RAWATAN: Payu Dara Kembali Mantap Dengan Teknik Oles Payudara Amoi

Umum mengetahui terdapat beberapa faktor yang menyebabkan payu dara menjadi kendur dan tidak setegang dulu. Antaranya termasuklah faktor penuaan, mengandung dna pertambahan atau pengurangan berat badan secara mendadak.

 

RAWAT PENYAKIT: POCC Lindungi Wanita Daripada Kanser Serviks

Mengikut statistik, terdapat lebih daripada 250,000 wanita di seluruh dunia maut akibat kanser serviks setiap tahun. Sebanyak 99 peratus kes yang membawa maut ini disebabkan oleh jangkitan human papillomavirus (HPV).

 

SEKS & ANDA: 13 Sebab Suami Tolak Godaan Anda

Suami menolak untuk mengadakan hubungan intim dengan anda? Pelik bukan? Pada kebiasaannya orang lelaki jarang menolak atau menghampakan pasangannya jika diajak untuk mengadakan hubungan intim.

 

Antara topik lain yang dimuatkan di dalam isu 15 Mei 2014 ini adalah Suami cemburu buta isteri menjeruk rasa, 6 soalan anak remaja benci, Dilema bila staf rakan baik sendiri, Diari suami: Bila hadiah tetamu seolah-olah tak dihargai, Resipi kerabu telur mudah dan banyak lagi.

 

Paling menarik adalah ganjaran istimewa buat 40 pembaca MIDI. Terdapat baucar rawatan 'Oles Payu Dara Amoi' dan Urutan V-Spa bernilai RM100 dengan hanya membawa keratan yang terdapat di dalam majalah MIDI isu 15 Mei 2014 ini. Tawaran sah sehingga 30 Jun 2014. Dapatkannya sekarang!