Saat mata bertentang, penulis terpukau sejenak dengan kejelitaan yang dimiliki wanita ini. Bahkan, wajahnya seolah-olah tidak dimamah usia. Itulah pelakon dan penerbit terkemuka, Puan Sri Ziela Jalil. Malah, orangnya cukup peramah dan merendah diri, lebih suka membahasakan dirinya sebagai ‘Ziela’ sahaja dengan penulis.

 

Penggambaran berlangsung di kediamannya yang ditata indah. Walaupun agak sibuk dengan urusan harian ditambah lagi dengan latihan persembahan teater berjudul ‘Bahayanya Wanita’ di Istana Budaya, namun anak seni ini masih sudi meluangkan masa untuk tidak menghampakan permintaan MIDI bagi menjadikannya penghias muka depan keluaran kali ini.

 

LEBIH LANGSING

Ziela yang manis bertudung kini tampil lebih anggun dengan susuk tubuh yang lebih langsing, persis anak dara! Lantas MIDI terus cuba mencungkil rahsia langsingnya. Ternyata beliau tidak lokek untuk berkongsi rahsia. Ziela memberitahu, dia mengamalkan produk BerrySlim dan FizzCola untuk tampil lebih langsing di samping memelihara kesihatan.

 

“Keberkesanannya bergantung pada individu itu sendiri. Sesetengah orang dapat merasai kesannya dengan cepat dan ada juga yang lambat. Saya pula, hanya dalam tempoh tiga minggu mengamalkan pemakanan ini berjaya kurangkan sebanyak 7 kg. Tetapi, untuk mendapatkan kesan seperti ini, saya kurangkan kuantiti makanan yang saya ambil.

 

“Kita boleh makan apa sahaja yang kita nak tetapi kuantitinya mestilah kurang daripada biasa. Sebenarnya, dengan memakan produk ini juga ia dapat memberikan rasa kenyang, sekali gus kita sendiri tidak terasa mahu makan dengan banyak,” ceritanya serba sedikit tentang produk pelangsingan yang diamalkan. Tambahnya lagi, melalui syarikatnya Ziela Jalil Trading Sdn. Bhd. beliau bakal mengeluarkan satu lagi produk baru iaitu Fiber yang bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan.

 

MENARIK BULAN INI

Selain kisah Ziela yang mengambil anak angkat, ikuti juga 15 tip kembali pikat hati suami, Awas: Jangan iri hati dengan rakan sekerja anda!, Suami mati pucuk: Tergoncangkah mahligai cinta?, Mesti Baca: Pelihara lidah, untung di akhirat, Tip bantu anak tangani trauma perceraian ibu bapa, Benarkah cili cegah obesiti, diabetes dan kuatkan zakar?, Resipi masakan kampung yang disediakan secara sihat dan banyak lagi. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah MIDI keluaran 15 Januari 2014.