MIDI bertuah kerana berjaya menyatukan dua personaliti yang wajah mereka bukan lagi asing dan sering muncul di kaca TV. Kedua-duanya pelakon yang memiliki bakat lakonan yang hebat sehingga memiliki ramai peminat terutama dalam kalangan penggemar drama dan filem Melayu.

 

Bertempat di kediaman bernilai RM 1.4 juta yang terletak di Greenhill Residence, Puncak Alam, kami mengadakan penggambaran untuk penghias cover MIDI kali ini. Tiada masalah bekerjasama dengan dua dramatis tersohor, Kartina Aziz, 50-an dan Kay Maria, 40-an, kerana mereka hadir tepat pada masanya dan dapat memberikan pose menarik yang mempunyai 'jiwa'. Jom, ketahui kisah terkini mereka!

 

"FACEBOOK MEDIUM DAKWAH SAYA" - KARTINA AZIZ

Mempunyai akaun facebook bukan lagi asing bagi seseorang individu. Apatah lagi apabila seseorang itu bergelar artis. BUkan sekadar untuk mengeratkan hubungan sesama peminat namun turut medium facebook digunakan untuk saling menasihati.

 

Bagi pelakon, Kartina Aziz, facebook digunakan untuk menasihati sesama rakan dalam akaun facebook miliknya. Menggunakan nama facebook Kartina Aziz, pelakon ini kerap memuat naik status berunsur nasihat sebagai langkah khidmat masyarakatnya.

 

"Bagi saya berdakwah tidak semestinya di masjid sahaja. Dan kita tidak perlu bergelar ustazah untuk menyampaikan dakwah. Nasihat yang saya sampaikan di laman facebook saya bukan untuk menasihati orang lain sahaja namun untuk diri saya sendiri juga," ujarnya kepada dua anak lelaki.

 

Di facebook, Kartina menggelarkan dirinya sebagai Mama. Walaupun pernah ditegur mengapa dia menggunakan gelaran Mama dan bukannya Aunty, Kartina ada alasannya sendiri.

 

"Bagi saya, apabila menggunakan gelaran Mama, orang lebih hormat. Dengan adanya hormat, barulah timbulnya perasaan sayang. Setakat ini interaksi saya dengan rakan facebook semuaya OK sahaja. Malah saya berbangga apabila nasihat saya dikongsi di wall rakan lain. Dengan ini maka nasihat itu berpanjangan demi kebaikan bersama," katanya yang aktif di facebook setiap hari.

 

"SUAMI TEMPAT SAYA MERUJUK" - KAY MARIA

Semakin meningkatnya usia, maka kesedaran pastinya menjengah rasa. Perlahan-lahan perasaan ingin mendekati Yang Maha Esa semakin menebal dalam diri. Apatah lagi apabila seorang demi seorang rakan seperjuangan pergi menyahut Ilahi.

 

Bagi dramatis Kay Maria, waktu lapangnya banyak terisi dengan membaca buku keagamaan. Peningkatan usia menjadikannya selalu ingat akan kematian yang datang pada bila-bila masa sahaja. Seperti baru-baru ini, atis cantik Noreen Noor menyahut seruan Ilahi pada usia 40-an.

 

"Saya bimbang tak sempat buat banyak amal lalu Allah panggil. Kawan-kawan veteran pun ramai misalnya Kak Maimon Talib, saya pernah berlakon dengan arwah," katanya.

 

MENARIK BULAN INI

Selain temu bual dua dramatis hebat ini, ketahui Isu: Usia 40-an, Waktu Wanita Nikmati Kehidupan?, SLE Lebih Mudah Menyerang Wanita!, Komunikasi Hati Penting Dalam Perkahwinan, Sibuk Ber'Facebook' Rumah Tangga Porak-Peranda, Ranjang Asmara: Wanita Lebih Hebat Berbanding Lelaki?, 5 Tip Latih Anak Berdikari, Awas! Bila Menantu Macam Hantu dan ikuti beberapa resipi berasaskan sotong. Semuanya boleh didapati menerusi isu 15 November ini.