Hujung minggu yang sunyi di studio Kumpulan Media Karangkraf menjadi riuh rendah dengan gelak tawa team majalah MIDI bersama dua selebriti yang cukup dikenali ini. Tak kering gusi dibuatnya apabila gandingan selebriti  yang penuh humor ini bercanda menceriakan suasana sepanjang sesi penggambaran penghias muka depan MIDI kali ini. Namun, ketika diminta berposing, masing-masing bersungguh-sungguh memenuhi permintaan penata gaya yang telah menyediakan beberapa gambar sebagai rujukna. Nyata mereka bersikap profesional dan komited dalam setiap apa yang dilakukan.

 

Gurau senda mewujudkan suasana yang harmoni dan selesa untuk bekerja meskipun pada hujung minggu. Gandingan dua personaliti  yang sentiasa ceria ini pada dasarnya bukan semata-mata kerana kedua-duanya terkenal dalam bidang masing-masing, tetapi hakikatnya kedua mereka memiliki banyak persamaan. Selain masing-masing memiliki dua orang anak dan sering muncul dalam iklan-iklan di TV, kedua-dua mereka juga pernah berkhidmat sebagai pramugari.

 

Sebelum berjinak-jinak dalam dunia kerjaya sekarang, Maria dan Amy terleabih dahulu berkhidmat sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan di Malaysia. hanya berbeza beberapa tahun sahaja sebelum mengakhiri perkhidmatan  dan beralih ke bidang lain. Maria di bidang komunikasi dan media. Amy pula menyusul tidak lama selepas itu setelah bakatnya di dalam bidang nyanyian dicungkil dan berjaya memenangi pertandingan Asia Bagus.

 

Jelas mereka, masa berlalu begitu pantas, seolah baru sahaja berlaku meski masing-masing sudahpun lama berada d bidang kerjaya kini. Pun begitu, pengalaman lalu cukup indah dikenang, amalah sempat lagi keduanya menggamit kembali kenangan ketika menjadi pramugari. Semakin galak bercerita, semakin gamat jadinya.

 

MENARIK BULAN INI

Selain kisah Maria Tunku Sabri membuang fibroid dan kisah Amy Mastura yang hidup bersederhana dalam soal makan, antara kandungan menarik adalah Ketahui 4 titik ghairah isteri, Usaha menjemput rezeki, Patut bersara tetapi menapa masih bekerja?, Suami berpeleseran, Mammogram ada rahsia tersembunyi, Miliki kulit halus dengan rawatan buang kutil dan sisa minyak, Resipi acar laici pembuka selera dan banyak lagi. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah MIDI keluaran 1 April 2014!