"Otai Masih Berbisa.." begitulah tagline yang menjadi laungan setiap kali promo mengenai rancangan Kilauan Emas disiarkan di kaca televisyen. Sinonim dengan keceriaan rancangan tersebut, wajah pengacara, pelakon dan pengacara Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku bagaikan sudah sebati antara satu sama lain.

 

ISU: Wanita Kuat Nafsu, Tercabarkah Ego Lelaki?

Setiap kali memperkatakan tentang 'nafsu', kebanyakannya menjurus kepada perkara berkaitan seksual. Malah, jika diperkatakan tentang itu, kaum lelaki dikatakan mempunyai keinginan seksual yang tinggi berbanding wanita.

 

TRANSFORMASI: Pelajari Teknik Bersolek Paling Mudah

Cara solekan yang dikenakan dengan betul boleh mengubah wajah menjadi lebih cantik dan secara tidak langsung anda juga akan tampil yakin apabila berhadapan dengan pelanggan mahupun rakan-rakan.

 

DIET NUTRISI: Rancang Pemakanan Untuk Sihat Dengan Dialisis

Proses dialisis bertujuan mengganti fungsi buah pinggang dalam pembuangan bahan buangan dan air berlebihan dalam badan. Tetapi rawatan ini juga boleh menyebabkan kehilangan protein yang amat penting untuk kesihatan badan.

 

RAWATAN ALTERNATIF: Terapi Kiropraktik Rawat Masalah Tulang Belakang

Rawatan kiropraktik sudah terlebih dahulu dikenali di luar negara, terutama di Amerika Syarikat. Chiropractic berasal dari bahasa Yunani iaitu 'chiros' bermaksud tangan dan 'praktikos' bermaksud praktis. Oleh itu secara umumnya kiropraktik bermaksud terapi menggunakan tangan.

 

SEKS & ANDA: Manfaat Seks Dari Sudut Kesihatan & Kecantikan

Dikatakan hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Menurut mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki perdaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.

 

OH CUCU: Didiklah Cucu Mencintai Masjid

Pernahkah anda mengalami situasi solat berjemaah yang disulami dengan jeritan dan tangisan kanak-kanak? Tidak cukup sengan itu mereka berkejaran ke sana ke mari tanpa mempedulikan orang yang sedang bersolat. perkara seperti ini memang mengganggu sehingga ada kalanya imam terpaksa memberikan teguran.

 

Antara topik menarik yang lain dimuatkan di dalam majalah MIDI kali ini adalah Saham janda berusia lebih tinggi?, Teknik mudah miliki perut kempis, Bayar zakat untuk hidup lebih bahagia, Karier dan peribadi tak seimbang punca stres, resipi Qasidah kuih tradisional Terengganu dan banyak lagi.

 

Paling menarik, istimewa untuk 30 orang pembaca MIDI, anda berpeluang untuk menjalani rawatan ini secara PERCUMA di Pusat Rawatan Holistik Nurhan, No 45, Jln KP1, Taman Krubong Perdana, 75250, Melaka. Siapa cepat dia dapat. Semuanya di dalam majalah MIDI edisi 1 Jun 2014!