Hadir dengan wajah polos tanpa sebarang solekan, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali dengan panggilan Ziana Zain tetap memiliki pesona yang tersendiri. Bukan senang untuk mendapatkan diva pop pujaan ramai ribuan peminat ini. Al-maklumlah, semenjak bergelar duta pelbagai prouk termasuk duta bagi produk Safi Rania Diamond, Ziana Zain begitu sibuk mengikuti rangka promosi seluruh negara.

 

TIDAK TERASA DIRI TUA

“Ya! Saya sudah 45 tahun dan begitu berbangga dengan usia saya. Tidak pernah merungut bahawa diri ini tua. Apabila berada dalam bidang ini, sedikit pun saya tidak pernah perasan akan perubahan usia saya.

 

Sejak kecil, ayah didik supaya saya berpenampilan menarik dan kemas. Jadi sehingga saya mempunyai empat orang cahaya mata pun, saya masih terbiasa dengan keadaan itu. Cantik saya untuk diri sendiri dan juga suami. Saya sangat menitik beratkan soal kekemasan. Suami saya, Armin Zahrin tidak terlalu particular seperti saya. Biasanya anak-anak akan merujuk kepada saya dahulu dalam soal pemakaian.

 

AMAL  AWET MUDA

“Syukur Ya Allah kerana saya masih lagi diberikan kesihatan yang baik dan diberikan rupa paras yang cukup sempurna. Orang kata saya awet muda. Mungkin awet muda ini memang keturunan. Mak dan ayah saya juga kelihatan muda walaupun sudah berusia. Apa yang kita makan dan pakai dapat menyerlahkan lagi penampilan serta kecantikan diri. Saya begitu menjaga pemakanan serta kecantikan seawal usia belasan tahun lagi. Paling penting adalah hati. Hati perlu bersih dan selalu berfikiran positif. Jangan sesekali busuk hati dengan orang lain. Kawal emosi amarah dan sentiasa reda. Hati yang tenang dan ikhlas akan terpancar pada wajah.

 

Untuk dalaman, saya mengamalkan pemakanan tambahan produk saya sendiri iaitu B.Lift dan juga rawatan kecantikan wajah dari Safi Rania Diamond. Dalam soal pemakanan, saya lebihkan makan daging putih, buah-buahan serta sayur-sayuran.

 

(IKUTI RAHSIA ZIANA ZAIN SELANJUTNYA DALAM MIDI 1 JULAI 2013)