Bidang lakonan bukanlah suatu yang asing buatnya. Pengalamannya dalam bidang ini bukan setahun dua namun wanita yang masih anggun jelita ini tetap turut merendah diri. Tutur katanya lembut penuh sifat keibuan. Perasaan kekok pada awalnya hilang melihat kemesraan yang dihulurkan sejak awal pertemuan.

 

COVER STORY: Kuat Mendorong Diri Sendiri

Tampil cantik dan ayu dengan busana dari Leanen, iaitu sebuah butik baru yang bergandingan  di bawah Women of Jannah (WOJ), Aida Khalida berkata bukan sekadar pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan imej seorang wanita Muslimah tetapi dia juga berhati-hati dalam pemilihan watak lakonannya.

 

ISU: 'Payung  Emas' Pasrah Dalam Derita

Jujurnya tiada isteri yang mahu berkongsi kasih, namun semua wanita juga sedia maklum akan hukum bahawa poligami adalah harus hukumnya dan ramai yang setuju jika suami berkemampuan dari segi zahir dan batin serta mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya. Maka tidak ada sebab isteri membantah.

 

TRANSFORMASI: Tampil Menyerlah Dengan Solekan Sederhana

Wanita mana yang tidak ingin tampil berseri? Kuasa solekan mampu merubah wajah yang kusam dan tidak bermaya, menjadi berseri dan cantik dipandang. Sepatutnya kemahiran bersolek harus dipelajari  oleh setiap wanita.

 

DIET NUTRISI: Tetap Sihat Bertenaga Sepanjang Ramadan

Ramadan semakin hampir. Anda yang bekerja menggunakan tenaga yang banyak, pastikan anda bersahur dan pastikan sumber pengambilan makanan adalah seimbang dan sempurna gizinya bagi pembakaran tenaga di siang hari.

 

SEKS & ANDA: Apa Kelebihan Ranjang Wanita Berusia?

Apabila seorang lelaki muda mengahwini seorang wanita berumur atau kata lain isterinya boleh dipanggil emak (disebabkan umur isteri lebih kurang ibunya!), kerap kali dilihat ia dilihat akan mendapat bantahan.

 

Antara kandungan lain yang terdapat di dalam majalah MIDI keluaran 15 Jun 2014 adalah Obses kerja sempurna punca stres?, Rawatan tungku pijat legakan sengal badan, Gusi berdarah dan sakit lutut petanda kurang kalsium, 11 signal pasangan anda curang, Wahai suami sudah tua masih culas puasa?, DIY cara mudah buat gelang manik, Suami bakal diintip wanita muda dan banyak lagi!