Wajahnya banyak menghiasi slot Spektra, terbitan HVD yang disiarkan oleh RTM sekitar tahun 1990-an dahulu. Namun kini, nama Farisha Irwayu tidak begitu 'mesra' dalam kalangan peminat seni lakon tanah air. Mungkin disebabkan nama tersebut sudah lama menghilang. Walau bagaimana pun, rata-rata yang menatap wajahnya ini pasti masih dapat mengingati akan pelakon cantik ini yang sudah berhijab.

 

COVER STORY: Rahsia Sihat Dan Cantik Farisha

Ketika menyambut ketibaannya untuk sesi foto, penulis terpegun kerana Farisha Irwayu nampak masih cantik dan jelita, jauh lebih muda daripada usia sebenar. -m/s 12

 

ISU: Tanggung Suami, Ikhlaskah Isteri?

Suami duduk rumah, isteri keluar bekerja? Senario ini mungkin agak asing bagi masyarakat dahulu, tetapi sekrang ia bukan lagi sesuatu yang pelik. Malah ramai isteri mahupun suami mengakui, jika membawa kebaikan ia tidak langsung mendatagkan masalah. -m/s 22

 

TRANSFORMASI: Solekan Menawan Mengikut Bentuk Wajah

Tahukah anda, pemilihan gaya solekan banyak memainkan peranan dalam membina keyakinan diri seseorang individu? Memilih gaya solekan yang terlalu nipis membuatkan wajah nampak pucat dan tidak berseri manakala solekan yang terlalu tebal pula mungkin hanya sesuai untuk ke majlis-majlis keraian. -m/s 40

 

DIET NUTRISI: Kenali Zat Untuk Jauhi Osteoporosis

Osteoporosis atau tulang rapuh berlaku kerana massa tulang semakin menurun disebabkan kurangnya pengambilan kalsium oleh tubuh. Akibatnya tulang menjadi rapuh, kurang padat dan mudah patah. -m/s 46

 

Antara kandungan lain adalah Obesiti tingkatkan  risiko diabetes?, Kerap kencing malam petanda kanser prostat?, Makin berusia semakin sensitif, 7 senjata sulit goda suami, Anak kurang ajar ibu bapakah bersalah?, Wajah bebas jerawat dengan produk berasaskan asid mandelik dan banyak lagi. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah MIDI keluaran 1 Mei 2014!