Sekian lama 'melamar' personaliti ini, akhirnya kejayaan menjadi milik penulis. Sejujurnya penulis memang meminati lakonan personaliti ini sejak mula mengenalinya melalui drama bersiri 'Mastura' yang dilakonkan bersama Zahim Al-Bakri pada tahun 1990-an dahulu.

 

Ellie Suriaty Omar, 43, kini bukan sekadar pelakon namun telah mengorak langkah sebagai penerbit di syarikatnya Timang Tinggi Sdn Bhd. Ellie Suriaty juga bergelar pengarah dalam filem seram berjudul 'Penanggal'.

 

Tidak terlewat untuk penulis mengucapkan syabas untuk beliau kerana filem ini mampu mengutip tayangan RM2.5 juta! Filem ini memang mampu menegakkan bulu roma.

 

GENRE SERAM

Kala ditanya sama ada memang mahu dikenali sebagai pengarah genre seram sahaja, Ellie Suriaty tersenyum mengatakan jika dia tidak mengarah filem seram, filem seram pula yang datang mencarinya. Sebelum ini Ellie Suriaty pernah tmapil dengan DVD berjudul 'Seriau'.

 

"Saya bakal tampil sebagai pelakon dalam filem 'Pengantin Malam' dan 'kelibat'. Walaupun bergelar pengarah filem, saya masih berlakon di dalam prduksi  orang lain. Saya suka mengarah kerana dapat mencurahkan pengalaman yang ada dalam karya.

 

Pada usia 40-an, saya daapt rasakan saya mengarah filem dengan penuh kematangan. Saya gambarkan segalanya dalam 'Penanggal'," ujar Ellie Suriaty yang membuat penyelidikan mengenai hantu penanggal dan menghasilkan skrip sejak 2008 hingga 2011.

 

Mengambil latar belakang zaman 1930-an, 'Penanggal' melahirkan emosi, stigma dan ekspresi masyarakat terhadap hantu berkepala terbang yang hidup di dalam tempayan.

 

Menurut Ellie Suriaty, beliau mendapat ilham mengenai hantu ini selepas berlakon teater di Jepun pada 2004. Tiga bulan di sana, terhasillah ilham lalu terbitkan filem Penanggal.

 

MENARIK BULAN INI

Antara kandungan menarik selain kisah Ellie Suriaty, ketahui 9 karakter bos wajar dicontohi, Benarkah misai tebal petanda kuat seks?, Isu: Berhabis cantik utnuk suami, akhirnya ditinggal juga?, Apa peranan ibu bapa didik akhlak anak remaja, 6 cara mudah bahagiakan suami anda, Mesti baca: Walau sibuk, jangan lupa kumpul saham akhirat!, Air tangan blogger: Puding jeli pic yang memikat selera dan banyak lagi. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah MIDI keluaran 1 Februari 2014!