Lebih lima tahun tidak nampak kelibat pelakon Kartina Ayoob di kaca televisyen.  Lantaran  itu banyak yang teruja apabila dia tiba-tiba muncul dalam drama  ‘Cinta Jangan Pergi’ yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini.
 
 
 
Kemunculan isteri kepada  pelakon Riezman Khuzaimi ini jelas mengubat kerinduan peminat setelah bertahun-tahun dia menyepikan diri.  Namun yang membuat peminat lebih teruja ialah penampilan pelakon ini jelas tidak banyak berubah.  Dia masih tetap anggun dan menawan seperti  dahulu.
 
 
 
Namun untuk menetapkan temu janji dengan wanita jelita ini tidaklah semudah yang disangka.  Bukan kerana dia sombong ataupun jual mahal.  Tetapi kerana kesibukannya menguruskan kafe yang baru dibuka kira-kira tiga bulan lalu. MIDI bertuah, dalam kesibukan, akhirnya hasrat untuk menyuntingnya sebagai penghias muka depan majalah MIDI tercapai jua. 
 
 
 
Pengorbanan keluarga
 
 
 
Kartina menganggap bulan-bulan awal pembukaan kafe ini sebagai satu pengorbanan besar buat dia dan keluarga.  Kesibukan dia dan suami menguruskan kafe tersebut menyebabkan masa-masa yang dahulu sering diluangkan bersama keluarga kini `dicuri’ oleh kafe mereka.
 
 
 
“Kami hanya dapat bersama bila anak-anak datang untuk makan malam di sini sebelum balik semula ke rumah untuk menyiapkan kerja sekolah.  Perkara ini memang sudah kami bincangkan bersama-sama sebelum kafe ini dibuka.  Syukur anak-anak faham,” katanya dengan nada terharu.
 
 
 
Menarik bulan ini
 
 
 
Selain mengetahui rahsia kebahagiaan pasangan yang telah berkahwin sejak tahun 2001 ini,  terdapat kisah-kisah menarik sempena Ramadan ini. Antaranya, Shopping Sakan, Persiapan Raya: Perlu @ Membazir, 10 Tabiat Buruk Lelaki Wanita Benci, Keluarga Bahagia Bila Menantu & Mertua 'Sekepala'.
 
 
 
Ketahui juga aktiviti yang boleh anda lakukan sempena kedatangan syawal seperti DIY: Patch Lace & Bunga Reben Penyeri Baju Raya dan beberapa resipi hebat seperti kek & tat comel yang enak. Semuanya boleh didapati menerusi MIDI 15 JULAI 2013.