Setelah hampir dua tahun menunggu untuk menggandingkan kedua pelakon terkenal, Kathy Fauziah dengan anak terunanya, Shaheizy Sam, akhirnya hasrat MIDI menjadi realiti apabila mereka berjaya digabungkan sebagai penghias kulit muka depan Majalah MIDI sempena Aidilfitri.

 

COVER STORY: Berkumpul di Aidilfitri

 “Saat paling membahagiakan bagi seorang ibu di Aidilfitri apabila kesemua anak, Jozieta Ronalie, Samzy Fuzette, Zizie Izette dan Shaheizy Sam serta menantu ada bersama di pagi raya. Dan sudah tentunya kehadiran enam cucu Mummy, Azrin, Mohd. Kenny, Ayden Nabil, Shawn, Chinta Matanya dan Arjuna Azriq akan menggamatkan suasana raya kami."

 

TREND RAWATAN: Meremajakan Kulit Dengan Urutan

Kesempurnaan wajah menjadi impian wanita. Rata-rata mahu memiliki kulit yang sihat, gebu dan sekata. Meskipun penjagaan wajah boleh dilakukan dim rumah sahaja, namun ia hanyalah asas. Selebihnya, perawatan lengkap perlu dilakukan bagi memperoleh hasil yang sempurna.

 

TRANSFORMASI: Tampil Berseri Dengan Solekan Ringkas

Setiap kali tibanya Syawal pastinya anda ingin kelihatan cantik dan berpenampilan menarik. Mengenakan solekan yang bersesuaian dengan wajah anda dapat membantu anda kelihatan lebih berseri-seri saat menerima kunjungan para tetamu atau ketika menziarahi saudara mara dan rakan taulan.

 

DIET NUTRISI: Jadilah 'Tetamu Aidilfitri' Yang Bijak

Hari raya bakal tiba. Ramai pesakit saya yang terlibat dalam program penurunan berat badan mohon supaya tidak diberikan tarikh `follow-up’ semasa bulan Syawal. Alasannya, mereka berhari raya dan tidak mungkin berat mereka akan menurun.

 

SEMURNI KASIH: Kuat Nafsu, Wanita MIDI Skandal Anak Ikan

Bagus betul MIDI mengutarakan isu ini kerana memang ramai wanitawanita Midi yang “kuat nafsu” dan tidak ada tempat nak mencurah rasa kerana kebanyakannya malu dan tersipu-sipu nak bercakap secara terbuka. Perbualan saya dengan seorang sahabat suam-suam kuku saya telah memberikan satu gambaran sebenar mengenai wanita Midi bernafsu tinggi ini. “Malu I nak cerita Rus, tapi I sendiri tak tau mengapa I ni kuat nafsu, padahal umur dah 48 tahun.”

 

Antara kandungan lain yang ada dimuatkan di dalam majalah MIDI edisi 15 Julai 2014 ini adalah Tuhan...zalimnya aku aniaya menantu sendiri!, Tanpa bibik saiz isteri boleh berubah, Seks berjadual VS spontan mana lebih nikmat, Siapa 'Manusia Ramadan?', 6 rahsia kerja dengan seronok, Apa hukum bersalam demi jaga air muka, Resipi pelbagai etnik di Malaysia dan banyak lagi!