Siapa yang tidak kenal dengan wanita cantik ini. Beliau cukup tersohor dengan kemerduan suaranya. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau antara penyanyi wanita yang mempunyai suara 'emas' di persada seni tanah air.

 

Ketibaan Nora Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora, yang popular dengan lagu-lagu balada seperti Di Persimpangan Delima, Sandiwara, Cinta Di Akhir Garisan dan banyak lagi, diiringi keceriaan dan senyuman manis dibibirnya. Penyanyi berasal dari Kelantan Darul Naim ini tampak semakin cantik dan berseri-seri dengan penampilannya yang berhijab. - m/s 12

 

GAYA ANDA: Wanita 'Plus Size' tiada halangan untuk bergaya

 

Berbanding dahulu , wanita bertubuh besar (plus size) hari ini dilihat sangat mementingkan gaya ketika berketerampilan. Ini kerana mereka juga gemar berfesyen serta mahu tampil cantik. rekaan dari pelbagai butik khusus untuk bersiaz besar ini juga telah membuktikan yang golongan seperti ini mampu tampil jelita, asalkan kena dengan potongan serta jenis kain yang dikenakan. Bukan itu sahaja, malahan corak-corak seperti abstrak dan geometri dnegan padanan warna hitam yang elegen dan versatil, mampu menarik setiap mata yang memandang. - m/s 28

 

TREND RAWATAN: 'High Frequency' bantu kurangkan kedut & kendur pada wajah

 

Sama ada anda perasan mahu pun tidak, wajah ibarat topeng muka. Ia boleh kelihatan 'manis' atau 'masam' bergantung kepada garisan lekuk di wajah. Mimik muka yang dianugerahkan kepada kia juga dapat dilahirkan menerusi wajah. Oleh yang demikian garisan dan lekuk pada wajah harus dibetulkan jika seseorang itu mahu kelihatan berwajah 'ceria'. - m/s 36

 

DIET NUTRISI: Elakkan makanan pedas & berempah menjelang pramenopaus & menopaus

 

Putus haid atau menopaus adalah istilah perubatan yang bermaksud seorang wanita telah mengalami pusingan haid yang terakhir. Ini juga menandakan berakhirnya peringkat kesuburannya oleh kerana ovari (organ di mana telur dan hormon seks seperti estrogen dihasilkan) berhenti berfungsi secara beransur-ansur. Perubahan ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Biasanya kekerapan pusingan haid akan berkurangan sebelum berhenti sepenuhnya. - m/s 46

 

SEKS & ANDA: 5 Tip untuk seks lebih sempurna

 

Tidak kira berapa pun usia anda, sepatutnyasoal hubungan intim dengan pasangantidak boleh dipandang remeh. Hubungan seks adalah salah satu cara untuk mengeratkan perhubungan di antara suami isteri. Namun, tidak dinafikan faktor keupayaan diri yang mungkin tidak 'segagah' ketika muda-muda dahulu boleh mempengaruhi kualiti seks anda. - m/s 71

 

OH CUCU: Membentuk peribadi cucu

 

Tidak mendengar kata, tidak mahu belajar, manja, suka melawan. Itukah sifat-sifat yang ada pada cucu anda? Janganlah terus menyalahkan cucu atau anak anda, orang-orang di sekelilingnya atau 'keadaan' bila cucu menjadi anak yang bermasalah. Sebab, apa pun yang menjadi keluhan orang tua tentang anaknya, sebenarnya adalah cermin orang tua itu sendiri. - m/s 80

 

Antara kandungan lain adalah 11 tip tangani masalah emosi anak,  Diari suami: Beg tangan wnaita makin besar makin banyak rahsianya!, isteri 'pasang badan' suami cemburu @ bangga?, Rezeki berkatnya yang dicari, Resipi keenakan siakap bakar selasih bersama udang dan banyak lagi. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah MIDI keluaran 15 April 2014!