Wanita ini terkenal dengan kepetahannya berbicara dan kebijaksanaanya mengendalikan rancangan bual bicara. Malah ramai yang mengaguminya kerana di tengah-tengah kehebatan rancangan kendalian televisyen swasta dia mampu menonjolkan idea yang beras dan menarik melalui rancangannya yang disiarkan oleh stesen televisyen kerajaan.

 

Lantaran itu tidak menghairankan apabila pemilik nama Zamzarina Zambri ini disegani dalam kalangan mereka di bidang penyiaran. Malah dia telah berjaya membuktikan bahawa rancangan yang dikendalikannya, Apa Kata Wanita (AKW) mampu bertahan hingga kini dan menjadi di antara rancangan kewanitaan dan bual bicara yang mendapat sambutan. Ini mendorong MIDI untuk mendekati dan menyelami wanita cantik dan anggun yang baru meraikan ulang tahun ke-40 tahun ini. Hari itu, dia hadir ditemani saumi tersayang.

 

BERALIH BIDANG

Sebelum bergelumang dengan dunia penyiaran, wanita anggun ini merupakan seorang akauntan bertauliah dengan sebuah syarikat korporat terkemuka.

 

"Sebenarnya saya tidak pernah terfikir pun akan terjun ke bidang ini sebab ketika itu saya sudah selesa dengan kerjaya yang ada," cerita Zamzarina yang mesra disapa Zam dengan bersungguh-sungguh.

 

Namun satu panggilan dari seorang teman lama telah mengubah haluan kerjayanya. "Kawan yang bekerja di RTM itu bertanya sama ada saya berminat untuk hadir dalam sesi uji bakat bagi sebuah program berbentuk bual bicara untuk saluran TV1 bertajuk Bisnes Malaysia. Katanya penerbit rancangan itu sedang mencari seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi, kewangan dan bisnes..."

 

MENARIK BULAN INI

Selain kisah Zamzarina yang kini meneroka bidang perniagaan pula, ketahui juga topik menarik yang berlaku di sekeliling masyarakat hari ini. Antaranya Keganasan Rumah Tangga Bendung Sebelum Parah!, Seks, Wanita Jangan Malu Berimaginasi, Adakah Anda Sahabat Sejati atau Pura-Pura, 3 Perkara Isteri Patut Desak Suami, Ibu Bapa Punca Anak Bujang Terlajak dan sebagainya.

 

Ikuti juga DIY Tudung Saji Berubah Baru, Resipi Sup Tulang Kambing Salai serta resipi lain. Semuanya boleh didapati menerusi isu keluaran 15 September 2013 ini.