Bukanlah bermaksud wanita ini cerewet, tetapi memang fitrah wanita akan memilih lelaki yang mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin dan juga teman hidup yang terbaik untuknya hingga ke akhir hayat. Dalam banyak-banyak lelaki yang ada di dunia, ada juga golongan lelaki yang tidak disukai wanita. Faktor umur bukan ukuran ya, bab-bab memilih, wanita memang cerewet. No questions ask!

 

Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita

 

1.Lelaki yang bajet kacak

Kelakar bila guna bahasa anak muda sekarang ini, tetapi wanita memang tidak suka lelaki yang bajet kacak, ‘feeling hot’ atau merasakan diri macam lelaki Melayu terakhirlah kiranya. Bukan bermakna wanita suka yang tidak kacak, tetapi ‘kacaknya’ seseorang itu kan universal. Hati seorang wanita akan lebih terpaut dengan lelaki yang berketerampilan dan bertanggungjawab. Bukan lelaki yang kacak tetapi terpaksa ditanggung dan bukan menanggung.

 

2. Panas baran

Haish…tolonglah,  janganlah cepat sangat naik angin dek hanya perkara-perkara kecil. Kaum wanita memang penyabar, tetapi kesabarannya ada hadnya juga. Dalam peringkat umur begini, panas baran adalah perkara terakhir yang akan dicari pada seorang lelaki.

 

3. Cepat merajuk

Hilanglah macho abang kalau kuat merajuk, dah tak nampak cute dah sekarang ini. Sekali-sekali tu mungkin boleh dilayan lagi. Tapi kalau dah sepanjang masa, tak larat sayang nak pujuk. Jangan sampai membawa rajuk sendiri nanti.

 

4.Lelaki show-off

Tengok pertunjukan memang seronok, tapi tengok orang menunjuk-nunjuk tu tidaklah rasanya. Ada wanita yang suka lelaki dengan kereta mewah, gaya yang gagah dan berjaya. Tetapi kadangkala bila si lelaki yang menunjuk-nunjuk kemewahan, gaya dan kejayaannya jadi naik tak suka pula. Lama-lama wanita mungkin akan menjauhkan diri kerana tidak mahu lagi tengok pertunjukan tersebut.

 

5. Terlalu tak kisah

Abang jenis tak kisah sahaja. Apa pun yang dilakukan oleh kaum wanita, dianggukkan, dibiarkan atau dibuat tak tau. Terlalu dingin boleh menyebabkan wanita cepat merasa bosan dan merasa jauh hati kerana beranggapan kurang disayangi. Wanita sukakan lelaki yang boleh menjadi pelindungnya dan mengambil berat perihal dirinya.

 

6. Kayu tiga

Awal-awal lagi dah main kayu tiga. Memang itulah petanda pertama akan ‘direject’ oleh kaum wanita. Wanita suka dihargai dan cepat terluka jika insan yang disayangi bermain cinta bersama wanita lain. Mungkin ada sesetengah wanita memendam rasa dengan hal ini, tapi hati yang luka akan tetap terus terluka selamanya.