Jika anda merasakan diri terlalu tua untuk berfesyen, fikirkan semula kerana anda masih boleh tampak 'seksi' sekiranya anda bijak memilih pemakaian dan sentiasa berfikiran positif dari segi emosi luaran dan dalaman. Kami ada tip mudah untuk anda ikuti.

 

1. Ekspresikan Diri

Mengikuti perkembangan fesyen mungkin sukar buat anda kerana faktor usia. Namun, anda perlu kekal dengan imej anda tersendiri berbanding cuba meniru gaya orang lain. Usah risau untuk mengenakan gaya pakaian yang anda suka dan nikmatilah kepuasan diri. Pilih kasut yang selesa dipakai sama ada terdiri warna cerah atau jenis kasut... Asalkan anda tidak merasa terseksa untuk berjalan. Jika anda merasa selesa dan puas hati, ia bermakna anda OK!

 

2. Jangan Lupa Aksesori

Perkara paling menarik untuk meningkatkan mood adalah saat melihat almari anda adalah dipenuhi pelbagai aksesori. Jika anda masih menyimpan pakaian lama atau pakaian klasik, ia tidak mengapa kerana anda boleh padankan ia dengan rantai moden, kasut yang cantik dan tas tangan yang bergaya untuk tampil lebih menarik.

 

3. Pakaian Hitam Mesti Ada

Pastikan anda memiliki sepasang pakaian hitam. Bagi anda yang tergolong wanita MIDI, pastikan pakaian hitam anda tidak terlalu singkat atau terlalu labuh sehingga cecah lantai tetapi 'just nice'. Pilihlah potongan pakaian mengikut bentuk tubuh dan apa yang sesuai dengan anda. Gaun hitam berfabrik satin membantu anda tampak kurus dan tinggi biarpun anda sebenarnya mempunyai ketinggian 5 kaki saja!

 

4. Solekan Sederhana

Kami percaya ada sesetengah dari anda mula malu untuk berdandan malah bersolek. Hakikatnya anda kurang tahu warna apa yang sesuai dengan tona kulit dan wajah anda yang agak berusia. Padanan warna solekan semula jadi seperti pembayang mata berwarna coklat cerah dengan campuran coklat gelap, pemerah pipi berwarna merah kecoklatan atau oren serta gincu berwarna merah sudah memadai. Ia memberi kesan wajah yang sama seperti zaman dulu.

 

Mungkinkah entri ini sedikit sebanyak telah menaikkan mood anda untuk keluar berdua bersama suami? Jadikan malam ini sebagai 'dinner for two' untuk mengembalikan kecantikan anda seperti cinta pandang pertama oleh suami anda!