Ramai di kalangan kita yang sudah buntu mencari menu untuk berbuka. Apa kata hari ini, kita cuba menu kuetiau istimewa. Selain, boleh dibuat menu berbuka petang nanti, ia juga idea hidangan yang hebat untuk Syawal. Pasti tetamu tambah berselera.

 

KUETIAU KUNGFU

(Untuk hidangan: 3-4 orang)

 

Bahan-bahan :

1 bungkus kuetiau

5 biji telur

100 gram udang basah

100 gram isi ayam

100 gram sotong

3 ulas bawang putih

1 batang lobak merah

½ biji kubis

100 gram bunga kubis

100 gram brokoli

2 sudu besar minyak

2 sudu besar tepung jagung

2 cawan air

1 kiub pati ayam

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar lada hitam

Garam secukup rasa

 

Cara membuat:

Gaulkan kuetiau bersama telur hingga rata. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian goreng kuetiau yang telah digaulkan tadi dalam kuantiti yang sedikit –sedikit sehingga garing. Ketepikan. Tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga sedikit garing, kemudian masukkan isi ayam, sotong dan udang yang telah dibuang kulitnya. Masukkan satu cawan air bersama kiub pati ayam, lada hitam, sos tiram dan lobak merah. Bancuh tepung jagung bersama satu cawan air, kemudian masukkan ke dalam kuali. Kacau supaya tepung tidak bergentel. Masukkan kubis, brokoli dan bunga kubis. Biarkan seketika sehingga sayur masak. Kacau dan tutup api. Tuangkan kuah ke atas kuetiau yang telah digoreng tadi dan hidangkan. Sedap dimakan ketika panas.

 

KUETIAU LADNA

(Untuk hidangan: 3-4 orang)

 

Bahan-bahan:

500 gram kuetiau

300 ml air rebusan udang

100 gram isi ayam

100 gram udang basah

100 gram sotong

80 gram bunga kubis

1 batang lobak merah

½ biji lada benggala hijau

4 tangkai daun bawang

4 tangkai daun sup

1 biji telur

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

4-5 sudu besar bawang goreng

3 sudu besar minyak masak

3 sudu besar sos tiram

½ sudu besar kicap manis

1 sudu besar sos tomato

Garam & serbuk lada sulah secukup rasa

 

Cara membuat:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau selama seminit. Tuangkan air rebusan udang. Masukkan pula udang, sotong, bunga kubis, lobak merah, sos tiram, kicap manis, sos tomato, garam dan serbuk

lada sulah. Bila kuah mendidih, masukkan lada benggala, telur dan kuetiau. Kacau sebati dan angkat apabila kuetiau lembut. Sajikan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

 

 

KUETIAU TOMYAM

(Untuk hidangan: 3-4 orang)

 

Bahan-bahan:

500 gram kuetiau

200 gram sotong

200 gram kubis bunga

berkelopak

1.2 – 1.4 liter air

200 gram daging

4 batang serai

16 biji cili padi

200 gram udang

6 sudu besar minyak

2 ulas bawang putih

2 biji tomato

2 biji bawang besar

enam

2 sudu besar pes tomyam

4 helai daun limau purut

2 biji limau nipis

Garam & gula secukup rasa

 

Cara membuat:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan air, daging, serai dan cili padi. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sotong, kubis bunga, tomato, bawang besar dan pes tomyam. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, garam, gula dan jus limau nipis. Akhir sekali, masukkan kuetiau dan masak lagi selama dua minit. Sedia untuk dihidangkan.

 

Jika anda juga ada resipi kuetiau yang lain, jom kongsikan bersama pembaca SDK yang lain. Berkongsi ilmu itu juga sedekah. Jom kongsi kemahiran anda!