Tidak semua orang gemar makanan laut kerana terdapat individu yang alergi pada makanan laut dan tidak berminat memakannya. Hakikatnya, makanan laut mempunyai kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan. Antara kelebihan makanan laut termasuklahmengandungi omega 3, mampu mencegah
osteoporosis serta membantu mengurangkan masalah berat badan. Hidangan berasaskan makanan laut yang sihat menjadi pilihan untuk pembaca MIDI

TOMYAM MAKANAN LAUT

Bahan-bahan:
200 gm ketam bunga
200 gm udang harimau
200 gm sotong
100 gm lala
700 gm stok tom yam

500 gm tulang ayam
300 gm kulit udang
70 ml perahan limau nipis
100 gm bawang Holland (dikisar)
100 gm daun ketumbar
50 gm cili padi (diketuk)

80 gm daun limau purut
100 gm serai (diketuk)
50 ml sos ikan
200 gm pes tomyam
Garam secukup rasa

Cara membuat:
ƒƒRebus stok tomyam, tulang ayam dan kulit udang hingga mendidih. Tapis airnya.
Kemudian tumis bawang yang dikisar dan pes tomyam hingga bawang layu. Kemudian masukkan stik tomyam.
ƒƒApabila stok tomyam mendidih masukkan ketam, udang, sotong dan lala.
ƒƒTambahkan cili padi, daun limau, serai yang telah diketuk dan hirisan bawang (untuk mewangikan masakan).
ƒAkhir sekali masukkan sos ikan, perahan limau nipis, serbuk perisa dan sesuaikan rasa garamnya.
Hidangkan bersama daun ketumbar.

 

Dapatkan Majalah MIDI keluaran 15 Disember 2012 untuk lagi resepi sihat dan enak