Pan Seared Sesame Salmon With Spaghetti Pesto

 
Bahan-bahan:
80 gm isi ikan salmon
½ biji lada benggala merah, hijau dan kuning
200 gm spageti
1 labu bawang putih
20 gm daun basil
1 sudu kecil jus lemon
½ sudu kecil lada hitam
¼ cawan minyak zaitun
 
Cara membuat:
  1. ƒƒPanaskan kuali dan masukkan isi ikan salmon. Taburkan bahan perisa iaitu garam dan lada hitam. Masak selama lima minit kemudian angkat dan biarkan sejuk seketika
  2. Sementara itu, rebus spageti sehingga masak selama lapan minit. Gunakan pengisar, kisar bawang putih bersama daun basil sehingga halus. Masukkan perahan jus lemon, keju dan garam.
  3. Akhir sekali, tambahkan minyak zaitun. Campurkan bersama pasta dan hiaskan dengan salmon di bahagian atasnya sebelum dihidangkan.
 
 

Baked Maccheroni Tuna and Vegetable

 
Bahan-bahan:
2 sudu kecil minyak zaitun (extra virgin)
1 labu bawang putih
1 biji lada benggala merah
420 gm tomato dalam tin
180 gm ikan tuna dalam tin
8 biji buah zaitun hitam (dihiris)
1 sudu kecil daun basil
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil lada hitam
240 gm pasta MACCHERONI
 
Bahan sos keju:
2 cawan susu segar
4 sudu besar tepung gandum
½ cawan keju cheddar
½ cawan keju parmesan
2 ulas bawang putih
 
Cara membuat:
  1. ƒƒPanaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celsius. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali dan tumiskan bawang bersama hirisan lada benggala selama lima minit.
  2. Masukkan tomato, tuna, buah zaitun hitam, daun basil, garam dan lada hitam ke dalam adunan. Biarkan seketika. ƒƒ Sementara itu, masak pasta di dalam rebusan air dan sediakan bahan untuk menyediakan sos keju atau cream cheese.
  3. Panaskan susu di dalam periuk bersama tepung gandum sehingga sebati. Kacau sehingga pekat dan berkrim. Kacau dan masukkan bawang putih, semua keju yang telah dihiris bersama garam. Kacau lagi sehingga sebati. ƒƒ
  4. Susun pasta bersama adunan tomato dan tuna di dalam dulang pembakar. Lapiskan bersama krim keju dan bakar selama 20 minit.
 
 
 

Zucchini Eggplant Lasagna

 
Bahan-bahan:
1 biji terung
¾ sudu besar garam
2 sudu besar minyak zaitun
5 ulas bawang putih
½ sudu kecil herba oregano kering
1 biji lada benggala merah dan hijau
1 tin kecil pes tomato
10 gm daun basil
1 paket lasagna
2 biji zucchini
2 ½ cawan keju mozzarella
 
Cara membuat:
  1. ƒƒPanaskan ketuhar pada suhu 280 darjah Celsius. ƒƒ 
  2. Susun terung yang telah dihiris sekata di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar.Taburkan garam. Biarkan selama 15 minit.
  3. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih selama dua minit. ƒƒ
  4. Masukkan garam, lada hitam, oregano, lada benggala dan pes tomato. Biarkan sebati. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. ƒƒ
  5. Campurkan daun basil dan  lada hitam di atas mangkuk kecil. Tuangkan campuran pes tomato di dalam dulang pembakar berukuran 13”x9”. Susun pasta di atas  lapisan tomato diikuti terung dan zuchinni. Lakukan proses yang sama dan akhiri lapisan atas dengan keju mozzarella. ƒƒ 
  6. Tutup dengan menggunakan aluminium foil. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 280 darjah celcius selama 30 minit. Sedia dihidangkan.