ZOOM IN
  • Ahad ini bakal bermula ibadah puasa yang merupakan rukun Islam ketiga buat umat Islam. Bagi pesakit kencing manis, anda perlu tahu masalah yang mungkin dialami jika berpuasa kerana ia boleh menyebabkan anda pengsan dan koma.
  • Kadang-kadang, ada pasangan suami isteri dipandang sinis kerana mempunyai 'deretan' anak yang ramai. Persepsi masyarakat tentang keluarga yang mempunyai anak yang ramai pastinya hidup sentiasa tidak mencukupi dan menyusahkan. Bukankah keluarga yang mempunyai anak yang ramai itu sebenarnya lebih bahagia?
  • Kebanyakan wanita mula merasa kurang yakin apabila melepasi usia 40an. Bukan kerana bentuk tubuh badan mula mengalami perubahan tetapi perubahan pada wajah seperti pertumbuhan jeragat terutama bawah mata dan di bahagian pipi semakin menjadi-jadi.
  • Penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita. Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi. Jika ada di kalangan anda pernah berdepan dengan masalah sukar sukar kencing atau kencing berdarah, entri ini untuk anda.
  • Jika masa dahulu, ramai masyarakat simpati dengan nasib andartu (anak dara tua). Namun, gelaran andartu pada hari ini bukan lagi menjadi perbualan tetapi perkara biasa malah membuktikan gelaran ini biasanya terdiri daripada wanita yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya. Sejauh mana kebenaran ini?
  • Apa boleh buat jika sudah ditakdirkan mempunyai menantu yang malas, suka bangun lewat, tidak menghormati orang, suka bercakap besar, sombong dan apa saja sikap yang tidak menyenangkan. Entri kali ini mungkin membantu anda bahawa anda bukanlah mertua yang malang jika anda terus membaca artikel ini.
  • Ada segelintir masyarakat merasakan wang pencen yang diterima setiap bulan adalah mencukupi jika hidup berdua dan sudah mempunyai anak-anak yang dewasa. Namun, ada juga yang merasa kesempitan dengan wang pencen yang tidak seberapa.
  • Mungkin ada di kalangan anda menganggap pemeriksaan mammogram adalah tidak penting selagi ia tidak menunjukkan simptom-simptom pembengkakan pada payudara. Hakikatnya, pemeriksaan ini penting kerana ia merupakan penyebab utama kematian awal di kalangan wanita.
  • Ramai wanita hari ini memilih untuk berhenti bekerja dan mula menjana pendapatan dari rumah kerana pada masa yang sama mahu mendidik dan membesarkan anak-anak berbanding mahu menghantar anak-anak ke pusat asuhan.
  • Demi memelihara tahap kesihatan, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil berat. Masalah jerebu, cuaca yang terlalu panas dan bekalan air yang terpaksa dicatu mungkin memberi kesan dalam kehidupan seharian.
  • Ibu mana yang sanggup melepaskan anak kandung yang dipelihara kepada orang lain untuknya hidup bersama. Jika gagal mengawal perilaku dan emosi, boleh jadi si ibu merasa cemburu melihat anak 'dirampas' oleh menantu sedangkan ada tip bagaimana mahu menerima kehadiran menantu.
  • Ramai yang menganggap tanda-tanda di bawah adalah perkara biasa apabila tidak mengambil pemakanan yang seimbang dan tidak cukup tidur. Hakikatnya, jangan ambil mudah kerana tanda-tanda di bawah adalah akibat tubuh anda kekurangan zat besi.
  • Tampil muda tidak semestinya anda bergantung pada krim wajah yang mahal dan menjadi pelanggan tetap spa kecantikan. Pemilihan pakaian dan aksesori yang sesuai juga boleh memberi penampilan muda tanpa mengeluarkan bajet besar semata-mata.
  • Ramai wanita menganggap untuk sentiasa cantik di hadapan suami adalah menerusi solekan dan kebijaksanaan dalam bergaya walhal dari sudut lain juga boleh menjadikan anda tetap cantik biarpun tanpa solekan. Tak percaya?
  • Masih belum terlambat untuk anda memelihara kesihatan mata di usia MIDI lebih-lebih lagi jika anda kurang selesa untuk mengenakan cermin mata ke mana saja. Tip di bawah boleh membantu anda mengelak mata cepat rosak, rabun atau sakit.
  • Tahniah kerana berjaya mengekalkan hubungan suami isteri selama berpuluh tahun lamanya. Bukan mudah untuk membina hubungan kekeluargaan kerana pasti ada pasang surutnya. Sesekali menggunakan ungkapan di bawah untuk menyemarakkan lagi hubungan, apa salahnya.
  • Sama seperti sayur yang berdaun hijau, kangkung merupakan sayuran yang mudah diperolehi selain mengandungi kuantiti air yang amat banyak, zat besi, vitamin C, vitamin A dan nutrien lain yang boleh dimakan mentah selain dimasak. Sayur kangkung juga merupakan sumber serat, protin dan kalsium yang paling baik untuk kesihatan dan kecantikan.
  • Siapa kata wanita berisi atau wanita kurus seperti papan tidak boleh tampil langsing menerusi pakaian yang digayakan? Biarpun berat anda kategori 'overweight' mahupun 'underweight', anda masih boleh tampak langsing jika anda memilih pakaian dengan corak, warna dan potongan yang sesuai.
  • Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Cina untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan hidangan yang enak bersama keluarga. Hotel Grand BlueWave sendiri tidak mahu ketinggalan menyediakan menu masakan cina dengan cara lebih halal supaya boleh dinikmati oleh semua masyarakat.
  • Lupakan niat parkir kereta lebih dekat kerana berjalan kaki bukan sekadar untuk mengeluarkan peluh tetapi mempunyai banyak kebaikan lain tanpa anda sedari. Soal jawab mengenai jalan kaki ini mungkin akan membuatkan anda melupakan treadmill atau jalan pintas!
  • Ubat yang anda ambil, makanan yang anda makan malah muzik yang anda dengar boleh mempengaruhi pendengaran anda. Sebelum terlambat, ketahui nasihat dari doktor dan pakar nutrisi untuk melindungi pendengaran anda.
  • Harga yang murah dan senang dicari membuatkan timun tergolong dari sayur-sayuran yang kurang popular. Anda mungkin hanya menggemari timun kerana kerangupan, sedikit berair dan menyegarkan tanpa mengetahui ada khasiat lain pada timun. Tidak percaya? Jom 'ber-timun'!
  • Bermula dari pakaian, seluar sehinggalah aksesori, siapa kata wanita berusia tidak boleh bergaya dengan warna hijau? Tolak tepi rasa segan mengenakan fesyen berwarna terang lagi menyerlah kerana anda perlu menyerlah untuk imej tahun baru akan datang!
  • Anda mungkin salah seorang individu normal yang 'dibenci' oleh teman sebilik gara-gara masalah dengkur yang dialami. Ia bukan satu gurauan pada tengah malam sebaliknya ia masalah besar yang harus diatasi!
  • Hari yang sibuk membuatkan anda memilih makanan yang sudah tersedia atau makanan berbungkus dengan label makanan penuh khasiat sebagai menu harian. Sejauh manakah anda percaya bahawa makanan yang di pek cantik dan kemas ini benar-benar berkhasiat tetapi sebenarnya tidak berapa sihat!
  • Amalan makan ulam atau sayur-sayuran mentah bukan saja dianggap sebagai penambah selera tetapi ia juga boleh dijadikan ubat untuk kesihatan dalaman. Tak percaya?
  • Zaman serba moden telah 'meminggirkan' khasiat minyak kelapa yang telah digunakan masyarakat terdahulu. Kandungan minyak kelapa yang tinggi lemak tepu, bersifat antibakteria dan anti kulat ini membantu meningkatkan metabolisme dan tenaga. Bermula dari dapur sehingga kesihatan dan kecantikan, ikuti 10 kebaikan minyak kelapa.
  • Jangan jadikan alasan faktor usia adalah punca gigi sudah tidak kuat dan gigi 'hilang' satu demi satu. Lupakan gigi palsu kerana masih ada cara bagaimana mahu mengekalkan gigi sebenar walau usia semain meningkat.
  • Bagi yang menolak untuk mengambil makanan berprotein, resipi sayur-sayuran juga boleh menjadi pengganti untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Selain mudah disediakan, rasanya pun boleh tahan lazat!
  • Tubuh badan anda berubah apabila usia semakin meningkat. Namun, amalan diet yang seimbang akan membantu anda untuk terus kekal muda. Berikut adalah makanan yang harus diambil untuk kekal sihat biarpun usia semakin menginjak naik.
  • Faktor peningkatan usia bukan lagi alasan yang boleh dipakai apabila kepala mula ditumbuhi uban sementelah budak muda pun tidak terlepas dari masalah ini. Dan siapa kata, rambut putih tidak menarik?
  • Sebahagian besar manusia mengharapkan memiliki umur yang panjang. Buktinya, setiap kali hari jadi pasti terselit ucapan semoga panjang umur. Meskipun 'kitaran hidup' manusia sudah ditentukan oleh-Nya tetapi panjang umur adalah keinginan manusia. Mungkin maklumat ini boleh membantu anda lebih sihat dan boleh hidup lebih lama.
  • Sudah nama pun wanita, biar sudah memasuki usia MIDI tetapi alat solekan pasti ada dalam simpanan. Mungkin tidak sebanyak dulu tetapi calitan solekan pasti dilakukan tetapi tidaklah boleh 'sehangat' dulu!
  • Ramai menganggap usia yang sudah mencecah kategori veteran tidak lagi memerlukan kepercayaan kerana alasan sudah hidup bersama selama berpuluh tahun cukup membuktikan mereka pasangan yang sudah cukup bahagia. Benarkah situasi ini?
  • Khas buat anda yang berada di Semenanjung, pernahkah anda merasa keenakkan serta keunikkan makanan Borneo? Jika belum, apa kata ambil peluang ini untuk merasai sendiri sajian enak daripada Borneo ini. Ha, tidak perlu jauh-jauh! Restoran Royale Songket, Hotel Grand BlueWave Shah Alam menjemput anda merasai aura tarikan kelazatan asli sajian Borneo. Kalau nak tahu bagimana unik dan lazatnya makanan ini, kenalah cuba sendiri.
  • Jangan takut menjadikan daging kambing sebagai sebahagian hidangan anda. Hal ini kerana daging kambing lebih menyihatkan berbanding daging lembu malah dikatakan baik untuk jantung!
  • Kerap sakit tulang belakang sering dirujuk sebagai mengalami osteoporosis yang agak teruk. Perlu diketahui sakit belakang adalah masalah biasa yang melanda semua lapisan umur terutama golongan seperti MIDI tetapi tidak boleh diabaikan.
  • Anda cukup menjaga kesihatan sehinggakan terlupa bahawa pengambilan makanan sihat atau bersenam secara berlebihan turut mengundang kesan kurang baik.
  • Usia yang semakin meningkat membuatkan anda lebih berhati-hati untuk memilih makanan ringan. Apa kata pilih bijian yang boleh terdapat di dalam minuman, makanan ringan mahupun bar yang boleh diperolehi sama ada organik atau tidak. Namun, bijian mana yang lebih berkhasiat untuk anda ambil?
  • Ada sesetengah kanak-kanak takut apabila ditinggalkan bersama nenek di kampung. Cuti sekolah yang panjang diibaratkan percutian yang 'menyeksakan' apabila terdapat segelintir nenek, datuk, opah atau apa gelaran sekalipun yang kurang mahir menjadi insan yang disayangi cucu.
  • Ada di kalangan masyarakat memang patuh mengambil ubat-ubatan namun terdapat kesilapan dalam hasrat menyembuh sakit. Mana tidaknya, ubat yang sepatutnya bertindak menyembuh menjadi sebaliknya. Hendak tahu apa kesilapan yang kerap dilakukan?
  • Meskipun anda menghidap penyakit diabetes, namun ia bukan penghalang untuk anda menikmati hidup. Kami ada beberapa saranan mudah untuk anda dapat makan sedap, hidup sihat, seperti mereka yang lainnya.
  • Ramai yang tahu bahawa tubuh manusia memerlukan bakteria baik untuk kesihatan terutama bagi melancarkan sistem pencernaan. Ia boleh didapati di dalam yogurt. Apa kata masukkan yogurt di dalam menu masakan anda hari ini. Bukan saja mudah, malah banyak khasiatnya.
  • Kecederaan, badan terlalu berat, kurang penjagaan dan terlalu aktif, dikatakan sebahagian punca sakit kaki dan lutut yang menyerang golongan berusia. Jangan ambil mudah jika anda tidak mahu menanggung kesengsaraan seumur hidup, kerana kaki berperanan amat besar dalam pergerakan tubuh.
  • Beg tangan bukan sekadar aksesori, tetapi juga penting buat wanita untuk membawa barang keperluan. Bukan semua beg tangan sesuai buat wanita terutama mereka yang berusia. Ini kerana beg tangan juga mempamirkan imejnya yang tersendiri. Untuk tampil yakin dan bergaya, kami syorkan beg tangan ini buat semua pembaca MIDI sekalian.
  • Toksin yang ada di dalam tubuh boleh memudaratkan, jadi buat apa disimpan? Meskipun secara semulajadi toksin dibuang melalui proses pencernaan iaitu menerusi pembuangan air kecil atau besar, namun toksin tetap ada.
  • Anda sudah lama mengimpikan dekorasi dan hiasan dalam rumah yang benar-benar menepati citarasa anda. Malangnya, anda perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dan mengupah pereka dalaman untuk menunaikan hasrat anda itu. Lupakan itu semua, dan hujung minggu ini, mari Do It Yourself (DIY). Lihat dulu idea untuk mengetahui barangan yang diperlukan.
  • Ramai wanita lebih mementingkan cara-cara menghilangkan kedutan dan kekasaran pada wajah sehingga terlupa bahawa tapak tangan juga mudah mengalami kekeringan jika tidak dijaga dengan baik. Biar usia meningkat sekalipun, kami ada beberapa tip dan petua untuk menjadikan tapak tangan tetap halus dan lembut seperti bayi.
  • Tahukah anda bahawa beta karoten baik untuk mata dan kita boleh dapati bahan ini salah satunya di dalam lobak merah? Istimewa hujung minggu, jom buat resipi mengandungi bahan beta karoten. Selain sedap, resipi-resipi ini juga boleh membantu menjaga mata. Mari mulakan.
  • Anda ingin bakar kek sendiri untuk sambutan rumah terbuka? Memang satu idea yang bagus, sambil dapat berseronok bersama anak dan keluarga di hujung minggu. Jadikan pengalaman ini lebih manis dengan penghasilan kek lazat gebu. MIDI kongsikan rahsianya.
  • Agak-agaknya, sudah berapa banyak kalori anda ambil Syawal ini? Jangan kerana 'membalas dendam' puasa, anda mengambil banyak juadah tanpa menyedari padah yang akan diterima kelak. Kami ada panduan bagaimana mahu kekal sihat disamping terus dapat menikmati hidangan hari raya.
  • Salam Syawal buat pembaca MIDI sekalian. Mengadakan rumah terbuka bukan lagi perkara baru dalam masyarakat hari ini. Berbekalkan bajet rendah, anda masih mampu menjemput teman-teman dan sanak-saudara meraikan syawal demi mengukuhkan ukhwah di kalangan keluarga. Biar bajet rendah, tetapi agenda rumah terbuka mesti meriah!
  • Meskipun tinggal beberapa hari lagi bakal menyambut kedatangan Syawal, ramai juga wanita merasa bimbang akan tahap kesihatan, memandangkan pelbagai juadah enak akan tersedia nanti. Untuk melatih diri kekal sihat, lihat tip mesti ikut dari MIDI ini.
  • Kami percaya minggu ini sudah ramai yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam keghairahan anda pulang ke kampung, jangan lupa langkah persediaan berguna yang kami sediakan ini untuk elak berlakunya masalah ketika pulang beraya nanti.
  • Sekali-sekala mencuba makanan Jepun menarik juga. Memang agak sukar untuk kami mencari restoran makanan Jepun halal di Malaysia ini. Namun rupanya jiran terdekat kami, Grand BlueWave Hotel menyediakan makanan Jepun halal 100% sesuai untuk majlis berbuka puasa atau pun untuk mereka yang ingin menukar menu dari negara matahari terbit.
  • Orang kata, menggayakan kasut biarlah sepadan dengan usia. Begitu juga tidak semua kasut sesuai dan selamat buat anda. Ketahui jenis-jenis kasut yang sesuai dengan bentuk dan juga saiz kaki, serta panduan berguna membeli kasut dengan betul agar anda tidak merana kesakitan atau asyik perlu menukar dan memulangkannya.
  • Minuman sejuk yang dipenuhi ketulan ais pastinya minuman yang ditunggu untuk berbuka puasa. Artikel ini mungkin akan mengubah keterujaan anda terhadap minuman berais.
  • Jangan jadikan berpuasa sebagai alasan bibir anda kering dan kurang bermaya. Perlu diketahui juga bahawa faktor usia merupakan salah satu punca bibir cepat dehidrasi, pucat dan kurang menarik untuk dipandang. Kami ada beberapa tip yang boleh digunapakai jika anda kerap mengalami masalah bibir.
  • Ramai yang cuba menurunkan berat badan puasa ini, juga berharapan selulit-selulit yang ada juga dapat dinyahkan. Namun setelah badan menjadi kurus, selulit tidak juga hilang. Ada lagi yang kurang itu. Anda belum tahu rahsia membuang selulit seiring dengan menguruskan badan. MIDI ada rahsianya.
  • Kini, buah kurma dijual setiap hari walaupun pada bukan bulan puasa. Kami percaya ada sesetengah dari anda yang menghidap penyakit kencing manis atau diabetes takut untuk mengambil buah kurma kerana khuatir akan meningkatkan kandungan gula di dalam darah. Ada sesuatu yang anda perlu tahu mengenai buah kurma yang dikatakan 'ubat' untuk pesakit diebetes.
  • Tidak kira berapa usia anda, kami ada beberapa panduan untuk membantu kulit wajah anda tampak licin dan gebu. Biarpun ramai mengatakan usia dapat dilihat menerusi kulit, jika anda pandai mengaplikasi solekan dan rajin mengamalkan petua, kami pasti anda tidak lagi segan untuk mengadakan majlis hari jadi setiap tahun. Ketahui rahsia menyembunyikan kedutan tanpa sebarang kos mahal atau sebarang cara yang menyakitkan.
  • "Terima sajalah dah rezeki". Itu perkataan biasa yang sering dibalas oleh sesetengah wanita yang hamil di usia lewat. Sedar atau tidak, kehamilan di usia lewat boleh mendatangkan risiko, bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada bayi yang dikandung.
  • Ada wanita yang malu digelar wanita menopaus kerana sudah memasuki fasa 'berumur'. Tiada yang tidak normalnya di sini. Ia adalah kejadian semula jadi yang akan dialami oleh semua wanita saat mencapai usia 45 sehingga 50 tahun. Jangan tidak tahu bahawa masih ada wanita yang tidak menyedari mereka sudah didatangi menopaus sehinggalah mereka mula perasan tahap kesuburan mulai berkurangan lantas mereka mula panik. Berikut merupakan petanda yang perlu diketahui apabila anda mula memasuki fasa menopaus.
  • Semalam kami ada terbaca satu kes majikan telah dijatuhi hukuman penjara selama 25 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor apabila didapati bersalah mendera pembantu rumahnya sehingga cedera parah. Tetapi lain pula kes yang berlaku di Kuantan di mana pembantu rumah kini sedang dibicara gara-gara melakukan penderaan terhadap seorang bayi di rumah majikannya. Disebabkan kes yang terlalu banyak yang berlaku ini, ramai pasangan suami isteri gerun untuk mengambil pembantu rumah. Apa pun, kami ada panduan dan tip terbaik untuk anda yang ingin mendapatkan pembantu rumah.
  • Kombinasi warna merah dan biru merupakan warna pertimbangan yang baik. Selain mampu memberi ketenangan fikiran, ungu juga merupakan satu warna yang mampu meningkatkan aura si pemakai. Kami senaraikan padanan pakaian dan aksesori berwarna ungu untuk anda peroleh ilham pada bila-bila masa.
  • Kita biasa dengar apabila suami panas baran, isteri tempat meluahkan kemarahan. Apabila isteri panas baran, anak-anak pula menjadi mangsa. Kemarahan boleh menyebabkan satu masalah paling besar dalam hidup jika tidak dikawal. Jika anda mampu mengawal kemarahan, bermakna anda mampu mengawal masalah dengan tenang. Berikut merupakan beberapa tip mudah tetapi berguna jika anda tiba-tiba saja diserang emosi 'jahat' ini.
  • Ramai telah menderma darah semalam, sempena Hari Derma Darah Sedunia. Tahniah buat mereka yang ada kesedaran sosial ini. Namun yang tidak sedap didengarnya apabila ada yang tidak mahu menderma darah kerana takut gemuk? Betul ke perkara ini atau hanya satu mitos sahaja.
  • Umur bukan penghalang untuk kita kekal aktif kerana ada banyak senaman atau aktiviti yang boleh kita sertai. Bersenam juga tidak semestinya kita perlu melompat dan berlari untuk mengeluarkan peluh. Saat anda duduk bersahaja pun sudah boleh membantu menegangkan otot dan kekal sihat, tapi biar kena dengan caranya.
  • Ingatkan adik-beradik rupa-rupanya mertua dan menantu. Nampak mesra dan seolah tidak ada jurang antara mereka. Namun, bukan mudah untuk tampil menjadi mertua yang hebat di hadapan menantu dan cucu. Ayuh kongsi beberapa tip menarik untuk menjadi mertua yang paling disayangi.
  • Berkumpul bersama keluarga bukan mudah untuk dicapai sekarang ini. Hendak pula bila masing-masing sibuk dengan kerja, keluarga sendiri dan tugasan-tugasan lain. Ada yang merasakan menelefon sahaja sudah memadai. Tetapi sebenarnya jika dapat berkumpul bersama keluarga, sekali-sekala akan dapat merapatkan lagi hubungan yang ada. Tetapi bila dah berkumpul itu, mak-mak pening pula nak fikirkan apa nak buat. Ini MIDI ada beberapa tip atau idea menarik yang anda boleh lakukan hujung minggu ini.
  • Otai memang masih berbisa dan industri seni pula semakin rancak dengan kemunculan pemenang-pemenang Kilauan Emas Musim 3 (KE3). Selain memenangi hadiah wang tunai dan hadiah sampingan lain daripada penganjur, pemenang turut menerima hadiah langganan percuma Majalah MIDI selama setahun yang juga majalah sokongan untuk rancangan musim ini.
  • Sekarang ini lebih ramai yang memilih makanan kesihatan tambahan berbanding ubat. Terutama kopi herba, dengan harapan ia boleh diminum dan diambil pada bila-bila masa tanpa sebarang larangan, sambil dapat terus menikmati minuman kegemaran. Berbanding jikamengambil ubat, seseorang itu perlu berpantang. Antara herba yang sering digabungkan bersama kopi adalah mahkota dewa, tongkat ali dan ginseng. Namun mampukah ia menyelamat penyakit?
  • Boleh dikatakan hanya isteri sahaja yang mampu melayan suami yang mengada. Anak atau cucu, apatah lagi menantu sendiri pun belum tentu mampu melayan karenah ayah yang semakin 'demand'. Namun berita baik buat wanita di luar yang mahu terus menjadi penghuni syurga, ada cara kita boleh tangani isu suami yang semakin cerewet ini.
  • Hujung minggu datang lagi…bila tiba hujung minggu pasti banyak perancangan yang telah diatur untuk anak-anak yang juga turut bercuti. Tidak ketinggalan ada yang pergi ke jemputan perkahwinan dan kenduri kendara. Sebelum anda pergi, kami nak beri beberapa tip dan info mengenai perkara larangan yang anda tidak patut lakukan ketika pergi ke majlis kenduri.
  • Berlalunya Syawal meninggalkan banyak kenangan manis. Namun jangan dilupakan bahawa Syawal turut meninggalkan beberapa kilogram lemak pada badan yang mesti cepat-cepat dibakar sebelum menjadi tepu. Baju kebaya yang baru dibuat untuk Aidilfitri tahun ini pun sudah semakin sendat nampaknya.
  • Menikam dari belakang, depan mulut manis, belakang 'mulut longkang' adalah sebuah gambaran tentang pengkhianatan seseorang. Tidak kira seseorang itu rakan kongsi, rakan, sahabat dan saudara. Ciri-ciri seorang pengkhianat seperti ini biasanya di depan kita, dia kelihatan baik-baik saja, bersikap sopan, hormat, menghargai, membela dan menyayangi kita. Tetapi di belakang, mereka mencaci maki, mengolokolokkan, memfitnah malah menjatuhkan kita.
  • Kehidupan itu sendiri adalah ujian. Sama ada ujian kesenangan atau ujian kesusahan. Apa-apa sahaja yang ada di sekeliling kita menjadi ujian untuk mengukur sejauh mana penerimaan dan pemahaman kita terhadap takdir ketentuan Tuhan. Ia kayu ukur untuk keimanan dan ketakwaan.
  • Sering kali orang beranggapan golongan berusia tidak tahu langsung tentang teknologi maklumat atau pun digelar ‘buta IT’. Opss... jangan melulu membuat tanggapan itu. Sekarang ini, selari dengan perkembangan dunia yang pesat membangun, golongan berusia juga sudah semakin maju.
  • Kecantikan dan wanita bagai aur dengan tebing. Setiap wanita pastinya ingin tampil anggun dan menarik tanpa mengira usia. Namun begitu, faktor penuaan tidak dapat dihalang daripada terus berlaku.
  • Menopaus merupakan suatu topik hangat yang mungkin kurang dibicarakan secara terbuka dalam kalangan wanita
  • Tahukah anda, sebanyak 40 peratus wanita Malaysia berumur lebih 30 tahun berisiko antara sederhana hingga tinggi untuk mengalami masalah kesihatan tulang yang lemah..
  • Tidak dinafikan ramai orang takut menghadapi usia tua. Namun, nak atau tidak, tua pasti akan berlaku juga dan tidak dapat dihalan