Ada segelintir masyarakat merasakan wang pencen yang diterima setiap bulan adalah mencukupi jika hidup berdua dan sudah mempunyai anak-anak yang dewasa. Namun, ada juga yang merasa kesempitan dengan wang pencen yang tidak seberapa.

 

Wang pencen atau wang simpanan biasanya digunakan atau dibuat belanja ketika sudah tidak bekerja. Untuk menjadikan wang pencen lebih jimat dan elak berlakunya kesempitan wang, anda perlu memikirkan beberapa perkara supaya wang pencen mempunyai baki.

 

Biasanya, tinggal berdua bersama suami boleh menyebabkan wang perbelanjaan mempunyai banyak lebihan. Pertama, beli barangan secara borong atau pukal kerana ia lebih menjimatkan anda. Setakat makan berdua, tidak perlulah berbelanja makanan secara berlebihan.

 

Hadkan penggunaan eletrik di rumah. Jika dulu anda sukar mengawal tindakan anak-anak yang suka membiarkan lampu atau kipas terpasang, lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer atau mengecas telefon, kini anda hanya fokus penggunaan elektrik untuk berdua sahaja.

 

Kami yakin di usia menerima pencen ini, anda sudah mempunyai aset yang sangat mencukupi baik dari segi kenderaan mahupun rumah. Jika anda sudah terbiasa bekerja, satu bonus buat anda untuk melakukan perniagaan kecil-kecilan untuk kekal aktif.

 

Membuka kedai runcit merupakan salah satu perancangan kebanyakan orang yang sudah pencen untuk menghabiskan masa. Tambahan pula, membuka kedai runcit bukan saja boleh mengaut keuntungan tetapi mampu merapatkan silaturahim di kalangan jiran.

 

Siapa kata kebanyakan orang akan miskin selepas pencen? Jika anda tahu cara membelanjakan wang pencen, anda masih mampu hidup mewah dan lebih bahagia bersama keluarga!