Penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita. Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi. Jika ada di kalangan anda pernah berdepan dengan masalah sukar sukar kencing atau kencing berdarah, entri ini untuk anda.

 

Secara ringkas, batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain dalam badan dan akhinya 'membentuk' batu. Pemendapaan pelbagai zat kimia di dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu-batu kecil dikenali sebagai kristal. Lama-kelamaan, bahan yang terkumpul ini akan membesar menjadi batu karang.

 

Jangan ambil mudah jika anda merasa sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang. Apabila anda kerap terasa loya, hendak muntah, berpeluh-peluh, demam dan menggigil, segeralah ke hospital.

 

Tanda-tanda diserang batu karang yang lebih ketara apabila anda sukar atau langsung tidak boleh membuang air kecil, kencing berdarah atau bercampur dengan nanah, tubuh terasa lemah, muka pucat, kulit kering dan adakalanya bengkak pada bahagian muka.

 

Jika anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan betul, anda mungkin boleh terhindar dari penyakit batu karang ini. Anda digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari dan amalkan minum jus epal segar. Anda juga perlu mengurangkan pengambilan daging merah dan makanan laut serta kategori makanan yang tinggi asid urik.

 

Rawatan segera perlu dilakukan kerana kesan kepada penyakit batu karang ini adalah boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang. Jangkitan kuman boleh merebak ke seluruh tubuh, berlakunya bisul dan boleh menyebabkan kematian. Ngeri betul!