Demi memelihara tahap kesihatan, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil berat. Masalah jerebu, cuaca yang terlalu panas dan bekalan air yang terpaksa dicatu mungkin memberi kesan dalam kehidupan seharian.

 

Kawasan Selangor sudah pun memulakan catuan air pada hari ini. Catuan air bermaksud bekalan air akan disediakan untuk dua hari dan dua hari lagi tanpa air. Melalui cara ini, paip air tidak akan kering selama beberapa hari.

 

Disebalik perlu berjimat air, tahap kualiti udara turut merosot apabila berada di paras IPU bawah 100 pada hari ini malah terdapat habuk halus pada ruang udara. Keadaan ini berlaku berikutan cuaca panas serta kekurangan hujan sejak kebelakangan ini.

 

Disebalik masalah alam persekitaran yang berlaku, anda digalakkan untuk tidak terlalu terdedah kepada aktiviti luar. Jika terpaksa, jangan lupa untuk memakai topeng dan minum lebih banyak air supaya tidak berlaku dehidrasi.

 

Untuk mengelak menjadi lebih mudarat, anda sendiri perlu bersikap terbuka dan tidak mementingkan diri sendiri. Usah menambah 'asap' yang kini semakin menebal. Patuhi juga segala arahan yang dikeluarkan. Jika tidak, boleh jadi anda tidak akan mandi untuk dua hari!