Boleh dikatakan hanya isteri sahaja yang mampu melayan suami yang mengada. Anak atau cucu, apatah lagi menantu sendiri pun belum tentu mampu melayan karenah ayah yang semakin 'demand'. Namun berita baik buat wanita di luar yang mahu terus menjadi penghuni syurga, ada cara kita boleh tangani isu suami yang semakin cerewet ini.

 

1. Usah biarkan suami merajuk dan berkecil hati sehingga berhari-hari, sampai sanggup tidak makan.Biarpun bukan salah anda, tetapi meminta maaf, membuatkan suami merasa dihargai. Tolak tepi rasa ego kerana ia tidak mendatangkan apa-apa jalan penyelesaian kerana memang begitu sikap suami yang semakin menginjak usia.

 

2. Tanamkan sifat menghormati sesama sendiri seperti zaman muda dulu. Biarpun suami bertambah cerewet tetapi kenang balik semua pengorbanan dan tanggungjawab yang telah dijalankan untuk keluarga.

 

3. Jika suami tiba-tiba membuat perangai dan ada saja yang tidak kena, anda perlu tegur secara elok dan bijaksana. Bukannya marah sehingga suami malu di hadapan anak-anak. Biasalah tu, salah sikit-sikit. Sudah semakin berumur ini kita jangan terlalu berkira.

 

4. Beri perhatian apabila suami bercakap. Pandang wajah suami dengan ikhlas. Mungkin ada sesuatu perkara yang ingin diluahkan atau dikongsi bersama anda secara peribadi. Lebih berumur, semua kita menjadi semakin sensitif.

 

5. Ambil berat kesihatan suami. Kebanyakan suami hanya mahu anda melayan dan merawat apabila sakit. Jika penyakit suami berlanjutan, segeralah dibawa ke klinik berhampiran.

 

6. Suami tidak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain. Sebagai isteri, anda perlu menerima seadanya seperti mana anda bersedia menjadi isterinya ketika dilamar dulu. Biarpun sikap dan karenah suami berubah mengikut usia, sayangilah suami seperti pasangan baru bercinta.

 

7. Jangan berkira untuk melaksanakan tugas suami. Jika suami sedang sakit, anda haruslah membantunya dengan meringankan beban. Misalnya, menghantar anak ke sekolah.

 

8. Seboleh-bolehnya, jangan abaikan suami. Tidak kiralah sama ada anda mahu keluar rumah, anda perlu meminta kebenaran. Begitu juga dengan pendapat, setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincang bersama suami. Anda semua dah tahu ini, sekadar mengingatkan.

 

9. Meskipun anda berjawatan besar daripada suami, elak mengaibkan suami di depan orang lain. Seorang isteri perlu menjaga aib suami, aib anda sendiri dan maruah keluarga secara keseluruhan.

 

10. Jangan mengeluh di depan suami jika anda merasa begitu penat dengan tugasan harian. Suami mungkin merasa kurang selesa, serba salahdan dengan itu datanglah sikap yang anda rasakan 'mengada' tetapi suami sebenarnya mencari perhatian.